Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Solat Pertama Saya..” – Baru Peluk Islam, OKU Penglihatan Sebak Terima Al-Quran Braille

Kisah seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan pernah diserang strok menerima al-Quran Braille dalam terjemahan bahasa Inggeris mencuri perhatian ramai di media sosial.

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik oleh pendakwah bebas, Muhammad Roger Arnold menerusi satu hantaran di Facebook yang memaparkan usaha pihaknya membantu saudara baharu tersebut mendalami Islam.

Menurut beliau, al-Quran Braille berkenaan diperoleh hasil bantuan rakan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai yang berusaha mendapatkan naskhah khas itu untuk diberikan kepada warga emas berkenaan.

“Beberapa hari kami usahakan untuk dapatkan al-Quran Braille ini. Alhamdulillah, pak cik sangat gembira bila terima al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris,” katanya hari ini.

Lebih menyentuh hati, warga emas itu sanggup berjaga sehingga lewat malam semata-mata menunggu ketibaan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun kami sampai sekitar jam 10 malam, dia masih belum tidur dan tunggu kami. Siap pesan macam seorang ayah, suruh hati-hati di jalan raya,” ujarnya yang juga Pengerusi Persatuan Inspirasi Mualaf (PIM).

Dalam kunjungan itu, mereka turut memulakan bimbingan asas agama termasuk membantu lelaki berkenaan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Detik tersebut menjadi lebih bermakna apabila lelaki terbabit meluahkan rasa syukur selepas selesai menunaikan solat pertamanya sebagai seorang Muslim.

“Solat pertama saya selepas menjadi Muslim, terima kasih,” katanya ringkas.

Walaupun masih dalam keadaan kurang penglihatan dan pergerakan yang terbatas, saudara baharu itu tetap menunjukkan kesungguhan tinggi untuk belajar dan memahami ajaran Islam.

Muhammad Roger berkata, pihaknya akan terus membantu dengan membawa lelaki itu mendapatkan sokongan daripada Baitulmal serta mendaftarkannya ke kelas agama di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, usaha itu merupakan sebahagian daripada komitmen pihaknya dalam memastikan saudara baharu tidak dibiarkan bersendirian selepas memeluk Islam.

“Kami bukan sekadar membantu mereka masuk Islam, tetapi turut membimbing dan memastikan mereka mendapat ilmu agama melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan PIM, insya-Allah,” jelas Muhammad Roger.

Sumber: Facebook Muhammad Roger Arnold

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Nasional

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April meningkat kepada RM6.72 seliter berbanding RM6.02 sebelum ini. Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 tanpa...

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd