Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Permaisuri Johor Titah Tubuhkan Jabatan Khas Tangani Isu Kanak-Kanak Didera

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli di sekolah.

Baginda bertitah Akta Kanak-Kanak juga perlu diperkukuh supaya tindakan lebih proaktif dan agresif boleh diambil.

Titah baginda peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga perlu diperkemas untuk perkhidmatan yang lebih berkesan, memandangkan jabatan itu pada masa kini amat terbeban dengan aduan keluarga yang memerlukan bantuan termasuk ketika bencana seperti banjir atau kebakaran rumah.

“Mungkin sebuah jabatan kerajaan khas boleh ditubuhkan khusus untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli di sekolah,” titah baginda pada pertemuan dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di Istana Polo, Pasir Pelangi, di sini hari ini, yang dimuat naik di Facebook rasmi The Royal Johor.

Pada pertemuan itu, Permaisuri Johor turut menzahirkan harapan agar semua pihak berkaitan mengambil langkah untuk menambah baik sistem perlindungan kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa yang sama, Raja Zarith Sofiah turut terkenang kes membabitkan kekejaman terhadap kanak-kanak seperti Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani pada 2004 dan Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) pada 2012.

“Kes Allahyarham Lokman ini (kanak-kanak berusia empat tahun yang meninggal dunia akibat didera) mengingatkan saya kepada kepiluan dan kesedihan tragedi lepas.
“Di manakah kelemahan dalam sistem kita sehingga penderaan yang begitu dahsyat seperti kes Allahyarham Lokman boleh berlaku? Mungkin ada pelbagai faktor, di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak berkuasa bagi memperbaiki situasi ini,” titah Permaisuri Johor.

Baginda bertitah mungkin ramai dalam kalangan rakyat yang masih tidak menyedari saluran sepatutnya mereka gunakan dalam kes melibatkan kanak-kanak.

Lokman meninggal dunia pada 26 Dis selepas empat hari dirawat di Hospital Sultan Ismail, dipercayai akibat didera ketika dijaga kakak kandungnya kerana kedua ibu bapa mereka menjalani hukuman penjara akibat kesalahan dadah.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd