Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Bas Rupanya Suami Orang, Wanita Di Atas Riba Dipercayai Kenalan

Polis mengesahkan pemandu bas ekspres berusia 36 tahun yang tular memandu sambil seorang wanita duduk di atas ribanya adalah seorang lelaki yang sudah berkahwin, manakala wanita terbabit dipercayai kenalannya.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya kini giat mengesan kedua-dua individu berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian di susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan, kira-kira jam 7.30 malam pada Ahad lalu.

“Setakat ini, kita masih cuba mengesan kedua-dua suspek namun siasatan awal mendapati, pemandu bas berusia 36 tahun itu sudah berkahwin.
“Bagaimanapun, umur dan status perkahwinan kenalan wanita yang diribanya itu masih dalam siasatan polis,” katanya seperti dilaporkan.

Difahamkan, ketika kejadian, bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Larkin, Johor Bahru.

Menurut Lee, video berdurasi lapan saat yang memaparkan insiden itu mula dikesan polis sekitar jam 5.30 petang semalam sebelum siasatan lanjut mengesahkan ia berlaku ketika bas sedang bergerak di Lebuh Raya Utara-Selatan dalam daerah Jasin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perbuatan ini amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
“Sehubungan itu, polis meminta pemandu bas dan wanita yang terlibat agar tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jasin bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu pihak polis dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan berisiko tinggi sehingga mengancam nyawa,” tegasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd