Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kurang Pengecas, Harga Mahal Punca Jualan EV Di Negara Ini Sukar Meningkat

Walaupun kenderaan elektrik (EV) semakin mendapat tempat di hati pengguna tempatan, namun pasaran EV di Malaysia masih terbantut akibat dua isu utama, kata penganalisis RHB  invesment Bank Syahril Hanafiah.

Menurut laporan Berita Harian, beliau menjelaskan faktor utama adalah harga jualan EV yang kekal tinggi berikutan kewujudan harga lantai sebanyak RM100,000 bagi model import sepenuhnya (CBU) dan faktor kedua pula ialah kekurangan infrastruktur stesen pengecasan yang menyeluruh di negara ini.

“Tanpa adanya pilihan EV yang lebih berpatutan, bahagian pasaran EV tanah air akan terus kecil dan tidak akan mendatangkan kesan ketara pada keseluruhan jumlah keseluruhan industri (TIV),” katanya.

Foto: piston.my

Berdasarkan laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), EV menyumbang 2.9 peratus kepada TIV pada suku pertama 2025, meningkat sedikit berbanding 1.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menunjukkan pendaftaran EV (termasuk jenama bukan ahli MAA) melonjak 46 peratus tahun ke tahun, mencatatkan 6,827 unit pada suku pertama 2025.

Ini bersamaan dengan 3.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaftaran kenderaan dalam tempoh tersebut, naik daripada 2.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam senarai model EV paling popular, Proton e.MAS 7 muncul sebagai pilihan utama pengguna dengan 17,38 unit telah dihantar kepada pelanggan setakat tahun ini, meskipun jenama BYD kekal sebagai peneraju keseluruhan dalam pasaran EV.

Foto: paultan.org

Dalam perkembangan lain, Syahril turut memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan industri (TIV) pada Mac 2025 mencatatkan 72,700 unit, meningkat dua peratus berbanding Mac 2024 dan 11 peratus lebih tinggi berbanding Februari lalu dan mungkin peningkatan ini disumbangkan oleh bilangan hari bekerja yang lebih panjang dan penghantaran kenderaan menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Setakat tahun ini, TIV keseluruhan mencecah 188,100 unit, meskipun masih tujuh peratus lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu. Antara penyumbang utama kepada kenaikan bulanan ini adalah jenama PROTON (21.7 peratus), Honda (31.5 peratus), dan Toyota (19.6 peratus), manakala PERODUA merekodkan sedikit penurunan sebanyak 2.9 peratus.

“Sungguhpun begitu, oleh sebab jualan kenderaan yang mengecewakan semasa Januari dan Februari, suku pertama 2025 muncul sebagai suku tahun berprestasi lemah seperti yang diramalkan dengan kejatuhan jualan 7.4 peratus tahun ke tahun, selepas catatan TIV yang memecah rekod pada tahun 2024,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaki Zainuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd