Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Tak Lepas Tangan, Anjur Program Pengukuhan Akidah Geng Pelangi Sejak 2019

Kelantan Tak Lepas Tangan

Kerajaan negeri Kelantan telah menganjurkan program pengukuhan akidah dan jati diri ummah kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sejak 2019, termasuk kelas fardu ain dan pembacaan al-Quran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).

Katanya, ia turut melibatkan kerjasama beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Aspirasi Islam, Persatuan Aspirasi Kelantan, Persatuan Perantaraan Pesakit Kelantan (Sahabat) dan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK).

“Kita adakan program bersama golongan LGBT termasuk menganjurkan kelas fardu ain dan kelas al-Quran sejak 2019 lagi.
“Program tersebut terhenti seketika semasa penularan jangkitan Covid-19,” katanya, hari ini.

Kelantan Tak Lepas Tangan

Menurut Mohd. Asri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, program tersebut telah diaktifkan semula pada Jun 2024 dengan penyediaan dua kelas setiap minggu iaitu pada hari Selasa dan Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bermakna ada lapan kelas dalam masa sebulan,” katanya sambil memaklumkan terdapat empat tenaga pengajar terdiri daripada fasilitator PKKSK dan seramai 20 peserta dari kalangan golongan LGBT.

Artikel lain: Serbuan Banglo Di Kelantan: Tiga Didenda RM11,000 Simpan Gambar, Video Tak Senonoh Hubungan Sejenis

Beliau turut berkongsi perkembangan positif program itu, khususnya dalam membantu peserta menguasai bacaan al-Quran dan keluar daripada gaya hidup tersebut.

“Alhamdulillah, kita dapat lihat keberkesanannya apabila peserta-peserta berjaya menguasai pembacaan al-Quran dan ada yang berubah dan keluar daripada kepompong kehidupan LGBT.
“Ini antara program dilaksanakan kepada semua pihak termasuk mereka yang telah terjerumus ke lembah yang tidak baik dan kita sangat cakna mengenainya,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online (Mustaqim Mohamed)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd