Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Jangan Politikkan Isu DLP, Sekolah Bukan Bantah Penggunaan BM – Guan Eng

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membidas kenyataan BERSATU dan Pemuda UMNO yang dilihat mempolitikkan isu Program Dwi Bahasa (DLP) untuk pengajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Menerusi satu laporan Malaysiakini, Guan Eng berkata, kenyataan BERSATU yang menggambarkan sekolah Cina di Pulau Pinang memainkan isu 3R (kaum, raja, agama) adalah tidak adil kerana rungutan dibuat pengerusi lembaga sekolah hanya mengenai isu pendidikan.

 Foto: Malaysiakini

“Beliau (Koay Hean Eng) adalah pengerusi lembaga pengarah (SMJK Chung Ling). Beliau tidak menentang mengajar bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa penghantar.
“Beliau hanya meminta bahawa isu Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris seperti dilaksanakan sebelum ini iaitu zaman kerajaan Muhyiddin (bekas Perdana Menteri).
“Sekiranya ibu bapa mahukan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris maka mereka dibenarkan belajar dalam bahasa Inggeris,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, 11 SMJK dan sekolah Cina di Pulau Pinang hanya mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan arahan yang mewajibkan pihak sekolah perlu mengadakan sekurang-kurangnya satu kelas mengajar Sains dan Matematik dalam BM

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak ada syarat bahawa satu kelas mesti dalam bahasa Malaysia dan beliau sebut bahawa ini menimbulkan masalah kerana banyak, hampir semua mahu belajar dalam bahasa Inggeris,” ujarnya.

 Foto: Malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri itu turut memaklumkan bahawa sebilangan besar ibu bapa pelajar Melayu juga memilih supaya pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan bukan sahaja ibu bapa Cina.

“Sekiranya ibu bapa mahukan anak-anak mereka belajar dalam bahasa Inggeris, biarkan mereka belajar dalam bahasa Inggeris seperti yang kita sebut tadi semua pun setuju.
“Sebilangan besar ibu bapa adalah daripada kaum Melayu, jadi, ini bukanlah isu 3R. Itu adalah isu pendidikan,” tambahnya lagi.

Guan Eng juga menggesa supaya Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak mempolitikkan isu tersebut sekali gus menegaskan bahawa isu itu bukanlah menentang bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar.

“Kami berharap mereka ini tidak akan mempolitikkan pendidikan tetapi harus mendemokrasikannya. Mendemokrasikan pendidikan bermakna menghormati pilihan ibu bapa.

 Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara seperti ini haruslah dipermudahkan. Tapi apa yang berlaku sekarang ialah pihak kementerian menyusahkan sekolah-sekolah dan juga ibu bapa-ibu bapa berkenaan,” ujarnya.

Untuk makluman, wakil dari 11 SMJK dan sekolah menengah Cina di Pulau Pinang Koay Hean Eng mendakwa bahawa hampir tiada pelajar menyertai kelas mata pelajaran Sains dan Matematik dalam BM selepas KPM mengeluarkan pekeliling bertarikh 15 April yang mewajibkan mengadakan sekurang-kurangnya satu kelas mengajar dalam BM.

Susulan itu, mereka menggesa kementerian agar membatalkan arahan tersebut dan membenarkan mata pelajaran itu diajarkan dalam bahasa Inggeris di bawah DLP sebelum ini.

Sumber: Malaysiakini (Wong Kang Jia)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd