Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MITI Tekan Aspek Pelaksanaan, Kerjasama Lebih Erat Antara Sektor Awam & Swasta

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tekad untuk pelaksanaan berdisiplin serta menjalinkan kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta, menerusi Dialog MITI 2024, hari ini.

Dialog tersebut menjadi pemudah cara pelbagai pertukaran idea dan perbincangan yang dinamik mengenai strategi, penyelesaian dan pelaksanaan yang lebih kukuh untuk meningkatkan lagi ekosistem industri, perdagangan dan pelaburan Malaysia, berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (New Industrial Master Plan 2030 -NIMP 2030) sebagai dasar yang menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beberapa isu utama telah digariskan bagi merealisasikan NIMP 2030.

MITI kerjasama

Antaranya adalah seperti mempersiapkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap pendedahan ESG melalui Rangka Kerja ESG Industri Kebangsaan (i-ESG), menangani jurang bakat dalam industri pembuatan, menarik pelabura langsung asing (Foreign Direct Investment(FDI)) yang disasarkan dan memastikan industri menerapkan penggunaan teknologi baharu secepat mungkin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegas beliau, sesuatu dasar yang dibuat hanya berkesan jika pelaksanaannya dijalankan dengan betul.

“Pelaksanaan NIMP adalah penting bagi Malaysia untuk terus meningkatkan daya saing landskap perniagaan dan pelaburan negara.
“Dalam merealisasikan inisiatif ini, MITI pada tahun lepas telah mengumumkan Kad Laporan Suku Tahunannya, di mana MITI telah berkongsi kemajuan pelbagai dasar di bawah bidang kuasa MITI,”kata Tengku Zafrul.
MITI kerjasama

Dalam pada itu, beliau berkata, MITI juga sedang membangunkan papan pemuka (dashboard) untuk NIMP dan indikator utama lain untuk semua dasar di bawah kementeriannya.

Ini bagi memudahkan pihak industri dan orang awam memantau kemajuan pelaksanaan dasar-dasar tersebut.

“Dalam tempoh pelaksanaan dasar, kita juga perlu berani untuk menyemak sasaran dan menambah baik dasar tersebut jika perlu,”katanya lagi.

Terdahulu, MITI telah menerima serahan sebanyak 60 memorandum, merangkumi 32 kategori dan sejumlah 163 isu yang mencerminkan minat serta komitmen mendalam dari pihak industri dan agensi.

Ia atas tujuan memberi sumbangan kepada penambahbaikan dan pelaksanaan dasar berkaitan industri untuk memajukan lanskap pelaburan dan perdagangan negara.

MITI juga berharap agar pihaknya dapat terus memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian dengan pelbagai pihak berkepentingan lain untuk memacu perindustrian semula negara ke arah pemerkasaan ekonomi Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, hampir 300 peserta terdiri daripada wakil-wakil 103 persatuan industrian, dewan perniagaan dan majlis perniagaan; serta 24 kementerian, agensi termasuk MITI dan agensi-agensi di bawah telah hadir ke Dialog MITI 2024.

Artikel lain: MITI Optimistik, Komited Percepatkan Pelaksanaan Pelaburan Dan Perdagangan

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Dunia

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad....

Lokal

Polis menyerbu sebuah restoran barbeku selepas dikesan mempromosikan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang semalam....

Lokal

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd