Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mas Ermieyati Minta Maaf, Nak Ganti Lagu Amir Jahari Dengan Lagu Nasyid

Sejak semalam tular di media sosial berkenaan tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin yang menggunakan lagu Hasrat ciptaan dan nyanyian penyanyi, Amir Jahari tanpa kebenaran pemiliknya.

Disebabkan itu, Amir meminta agar ahli politik berkenaan menurunkan video dengan lagu tersebut kerana dia tidak menjadikan karyanya sebagai satu bentuk politik.

Nak guna lagu nasyid atau lagu TokTi

Tak lama selepas itu, video berkenaan telah pun diturunkan dari aplikasi Twitter dan Mas Ermieyati turut membuat permohonaan maaf kepada Amir ketika berucap di Perhimpunan Agung Srikandi Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras.

Menerusi sedutan dari video yang dikongsi Astro Awani, Mas Ermieyati telah meminta maaf dan akan menurunkan video tersebut. Beliau juga mengatakan akan menggantikan lagu yang digunakan dengan lagu milik Dato’ Seri Siti Nurhaliza ataupun lagu bergenre nasyid.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@501awani

Jelasnya, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan menggantikannya dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza. #AWANInews #TiktokMalaysia

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

“Amir Jahari Music saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik,”

Ni nasihat ke perli?

Beliau juga sempat menitipkan pesan supaya Amir Jahari tidak berhenti untuk berkarya namun jika tidak suka hasil kerja digunakan untuk politik, silalah letak arahan tersebut di YouTube lebih awal.

Satu sahaja pesan saya untuk anak muda seperti Amir Jahari … teruskan berkarya, tetapi kalau kamu tak suka karya kamu itu tidak suka jika digunakan oleh orang politik, letak siap-siap sebelum kamu letak di YouTube dan sebagainya.
Letak “Jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik”. Jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu,” ujarnya.

Minta maaf tapi macam perli2

Permohonan maaf beliau yang kelihatan seperti menyelar Amir nampaknya kurang disenangi ramai dan kebanyakan netizen beranggapan ahli politik berkenaan terlihat angkuh.

Ada juga yang menyarankan agar pihak penyokong dari blok pembangkang menggunakan lagu hasil karya anak-anak pengerusi Perikatan Nasional (PN) kerana mereka juga adalah artis yang mengeluarkan lagu sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa kata guna lagu anak2 ‘Abah’

Guna la lagu Altimet, member dah offer tu

Perjuangkan hak tu Amir!

Kata dah turunkan, tapi ada je?

Terdahulu, Mas Ermieyati telah memuat naik video Solidariti Untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa dengan 6 pertuduhan berkaitan salah guna kuasa serta pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen menggunakan latar belakang lagu Hasrat cipataan Amir Jahari.

Amir yang tidak bersetuju dan mengizinkan lagunya digunakan untuk tujuan politik meminta beliau segera menurunkan dari media sosial.

Tak lama, video terbabit telah diturunkan dari Twitter namun dikatakan masih ada di TikTok.

Sumber: TikTok Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Polis Thailand bakal mendakwa pemandu bas sekolah yang terbakar sehingga mengakibatkan kematian 23 murid dan guru di negara itu pada Selasa selepas suspek serah...

Nasional

Kementerian Pengangkutan (MOT) akur bagi melonggarkan salah satu syarat kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B...

Lokal

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di...

Lokal

Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd