Infozon
Maksud Tersirat Bagi 10 Jenama-Jenama Terkenal yang Mungkin Tidak Diambil Tahu

Jenama-jenama terkenal seperti BMW, IBM dan sebagainya mengamalkan singkatan atau kependekan kata berbanding memaparkan nama penuh syarikat tersebut.
Tidak dinafikan juga, ada dalam kalangan kita yang beranggapan singkatan-singkatan tersebut mewakili nama pengasas produk-produk terkenal tersebut.
Ayuh saya kongsikan beberapa makna tersirat jenama-jenama terkemuka yang mungkin membuatkan anda berfikir “Oh, itu maksud sebenarnya,”. Sekadar menambah maklumat dan pengetahuan am apa salahnya bukan?
1. H&M
Hennes bermaksud ‘hers’ dalam bahasa Swedish. Kata ‘Hennes’ tersebut juga merupakan nama asal bagi kedai atau syarikat pakaian tersebut. Selepas itu, kata ‘Mauritz’ ditambah sendiri oleh pengasas syarikat tersebut iaitu Erling Persson.
Mesti ramai yang beranggapan bahawa Hennes dan Mauritz itu nama dua orang individu bukan?
2. LG
Sebelum ini, syarikat LG dikenali sebagai Goldstar. Kata ‘lucky’ ditambah selepas bergabung dengan syarikat Lucky Chemical and LG Cable pada tahun 1995. Mungkin anda berfikir bahawa LG merupakan singkatan bagi Life Good bukan?
Barangkali pengasasnya mencipta moto tersebut bagi menyesuaikan huruf L dan G.
3. FCUK
Syarikat French Connection mula menggunakan jenama ‘FCUK’ setelah memperoleh ilham daripada rangkaian elektronik (faxes) di antara Hong Kong dan UK. Setelah digabungkan menjadi “FCHK” dan akhirnya bertukar kepada “FCUK”
4. HTC
HTC merupakan nama singkatan bagi syarikat Taiwan yang bermaksud ‘Hight Tech Computer’. Baik, ini juga perkara biasa.
5. BMW
BMW pula ialah Bayerische Motoren Werke dan bertukar kepada bahasa Inggeris iaitu which ‘Bavarian Motor Works’.
6. DKNY
Mungkin nama ini sudah diketahui dalam kalangan pereke fesyen atau peminat fesyen yang tegar. Nama tersebut merupakan nama pengasas itu sendiri iaitu Donna Karan dan NY pula merupakan bandar bermulanya operasi syarikat iaitu di New York.
7. IKEA
Huruf I dan K adalah huruf pangkal bagi pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad. Bagi huruf E dan A pula merupakan Elmtaryd dan Agunnaryd yang merupakan ladang dan kampung di mana pengasas IKEA membesar.
8. LEGO
LEGO merupakan gabungan bagi perkataan Leg Godt yang bermaksud play well dalam bahasa Danish.
9. Intel
Syarikat teknologi ini memperoleh namanya hasil gabungan kata Integrated Electronics. Namun yang uniknya, nama INTEL itu seakan singkatan yang menarik bagi kata intelligence yang bermaksud bijaksana.
10. M&M’s
Syarikat gula-gula yang terkenal ini mengambil nama keluarga atau surnames daripada pengasas syarikat itu sendiri iaitu Forrest Mars and William Murrie.
Sumber: Majalahniaga.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit