WOW
Mahu Tebus Dosa Silam, Warga Emas Nekad Tinggal Di Kubur Banyakkan Amal Ibadah

Baru-baru ini, media Indonesia dikejutkan dengan cerita seorang warga emas yang tinggal berseorangan di kawasan perkuburan.
Difahamkan lagi, warga emas bernama Abah Sarji itu nekad menghabiskan sisa-sisa hidupnya di tanah perkuburan kerana ingin menebus dosa masa lampau.
Ingin sentiasa mengingati mati
Ujarnya, dia ingin menebus segala dosa yang dilakukan ketika zaman muda dan mengingati mati. Tambahnya lagi, dia mahu bersendirian untuk memperbanyakkan amal ibadat.
Pondok kecil yang didiami warga emas berusia 102 tahun itu diperbuat daripada buluh dan hanya berkeluasan 2×2 meter persegi.
Selain itu, Abah turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan makhluk halus di kawasan itu.
“Mereka sering keluar dari dalam kubur terutamanya yang belum sampai seminggu. Orang kata itu adalah si mati yang tidak tenang di dalam kubur menyebabkan dia keluar dari kuburnya pada malam tertentu,” dakwanya.
Tinggal sendirian, anak & cucu kirimkan makanan
Apabila ditanya tentang makan dan minum, Abah menjelaskan ada yang mengirimkan makanan kepadanya termasuklah anak dan cucu.
“Anak cucu datang dan kirimkan. Biasanya makanan atau pun rokok,” katanya.
Sejak Abah menetap di pondok kecil itu, dia sudah tidak memakai baju. Menurut salah seorang penduduk tempatan, Abah tinggal di situ meskipun masih mempunyai anak dan keluarga.
Namun begitu, isterinya dikatakan sudah tidak mampu berjalan dan mendengar oleh kerana faktor usia.
Sumber: Kompas.com (Rachmawati), Tribun News

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit