Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mahu Sentiasa Ingat Mati, Ahli Perniagaan Bina Banglo Depan Kubur

Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Agus bertindak membina mahligai bernilai 5 bilion rupiah (RM1.5 juta) di Kuningan, wilayah Jawa Barat berhadapan dengan perkuburan telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi laporan Kosmo, Agus memaklumkan dia sengaja membina banglo yang sudah siap 50 peratus itu di hadapan kubur kerana mahu sentiasa mengingat akan kematian.

“Tujuan saya memilih lokasi ini (kubur) adalah untuk mengingatkan kepada kematian. Walau semewah mana pun kita, pada akhirnya, kita pasti akan kembali ke sana,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, dia berpendapat segala kemewahan yang dimilikinya di dunia ini hanya perkara biasa memandangkan kekayaan seseorang tidak boleh dibawa ke liang lahad.

“Ketika mati, jasad kita akan diangkat menggunakan keranda, dan bukannya kereta berharga ratusan juta rupiah,” katanya lagi.

Sementara itu, dia mengakui sejak kebelakangan ini rumahnya menjadi perhatian ramai gara-gara kru televisyen sering merakam kediamannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, dia tidak hairan mengenai perkara tersebut dan menganggapnya hanya perkara biasa.

Sumber: Kosmo

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd