Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MAHAR Lantang Bersuara, Desak Gencatan Senjata

Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) lantang bersuara dan terus mendesak gencatan senjata untuk rakyat Palestin.

Penasihatnya, Nurul Izzah Anwar, berkata Israel secara terang-terangan menggunakan kebuluran dan pemindahan paksa sebagai senjata untuk menyeksa orang awam di Gaza, Palestin, selain melanggar segala bentuk asas kemanusiaan ke atas mereka.

MAHAR Lantang Bersuara

Susulan itu, beliau berkata, MAHAR akan terus menggesa gencatan senjata dilakukan untuk rakyat Palestin dan kemasukan bantuan kemanusiaan perlu dilakukan di Gaza.

“Kini, Gaza hampir musnah sepenuhnya dengan 90% bangunannya musnah dan perkhidmatan kesihatan yang hampir lumpuh; laluan bantuan kemanusiaan melalui Rafah ditutup sehingga menyebabkan penduduk Gaza kekurangan makanan dan perubatan.
“Penularan penyakit berjangkit kini menjadi ancaman besar, memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah parah selain kecederaan fizikal akibat serangan demi serangan dari rejim Zionis,”katanya.

MAHAR Lantang Bersuara

Jelas Nurul Izzah, gencatan senjata adalah jalan terbaik dan naratif operasi ketenteraan Israel sudah tidak dapat dipertahankan lagi selepas terlalu ramai rakyat Palestin terbunuh yang majoritinya membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Israel perlu berpijak di bumi nyata dan menyedari matlamat perangnya hampir mustahil untuk dilaksanakan.
“Paling tidak dengan gencatan senjata dapat membebaskan rakyat dan tenteranya yang ditawan. Jika tidak, bukan hanya Netanyahu dan Israel yang perlu membayar harganya, Amerika Syarikat (AS) juga akan terheret sama,” katanya.
MAHAR Lantang Bersuara

Kredit Foto: Google

Nurul Izzah juga menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pentingkan diri apabila dilihat mengelak daripada menandatangai gencatan senjata.

“Netanyahu yang berhadapan tuduhan rasuah di Israel, menggunakan segala helah untuk mengelak mencapai persetujuan gencatan senjata.
“Serangan demi serangan terus dilancarkan terhadap rakyat Palestin bagi mencapai matlamat Netanyahu yang masih jauh dari sasaran iaitu menghapuskan Hamas, memusnahkan terowong dan keupayaan Al Qassam, membebaskan rakyat dan tentera Israel yang ditawan Hamas serta menukar pemerintahan di Gaza,” katanya dalam kenyataan.

Artikel lain: Malaysia Sokong UNGA, Tuntut Gencatan Senjata Segera Di Gaza

Keangkuhan Netanyahu jelas menunjukkan beliau yakin bahawa Israel tidak akan dihukum walau beliau menolak gesaan gencatan senjata yang disyorkan oleh Amerika Syarikat.

Tambah beliau, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden memerlukan gencatan senjata demi menyelamatkan kempennya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Netanyahu sengaja menangguhkan gencatan senjata demi memperlihatkan kuasa dan membalas dendam atas pengurangan sokongan senjata dari Amerika Syarikat.
“Netanyahu, dengan sinisnya, terus memanjangkan lagi perang kejam terhadap rakyat Gaza sehingga pemilihan Presiden baru Amerika Syarikat. Hakikatnya, Hamas telah pun bersetuju dengan cadangan gencatan senjata yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat, namun kekejaman terus dilanjutkan,”ujarnya.

MAHAR Lantang Bersuara

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd