Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Live Location’ Tak Gerak, Suami Tak Sangka Isteri & Dua Anak Maut Dalam Kemalangan

Perasaan tidak sedap hati seorang suami selepas melihat perkongsian lokasi masa sebenar (live location) isterinya, Nor Faizah Ridzuan menerusi aplikasi WhatsApp tidak bergerak beberapa kali, akhirnya terjawab.

Suami tak sedap hati, isteri & dua anak maut dalam kemalangan

Memetik Sinar Harian, suami mangsa, Koperal Mohd Azman Mat Yaacob segera menghubungi isteri dan telefon pintar anak sulung mereka, Muhammad Hariz Adrian, 10, namun semuanya tidak berjawab termasuk pesanan WhatsApp.

Mohd Azman yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya berkata, gerak hatinya tepat apabila menerima panggilan daripada polis daerah Lipis sekitar jam 4 pagi tadi.

Ujarnya, mereka memaklumkan isteri, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Hafiy Azman, 3 tahun, maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak sangka kali terakhir pertemuan kami ialah sebelum jam 12 tengah malam tadi… semasa kami sama-sama keluar rumah.
“Isteri dan anak bergerak pulang ke Kampung Tawang di Bachok (Kelantan) manakala saya menuju ke tempat kerja.
“Ikutkan mereka berada di kampung sehingga hujung bulan ini kerana cuti sekolah, dan saya akan menyusul untuk menjemput mereka pulang kerana tidak dapat bercuti lama,” katanya.

suami isteri

Isteri minta izin bawa anak-anak balik kampung

Mengulas lanjut, Nor Faizah seharusnya memulakan perjalanan selepas anak sulung mereka pulang dari sekolah pada hari ini. Namun, menukar fikiran untu bergerak lewat tengah malam tadi.

Ujarnya, ia merupakan kali pertama isteri memandu bagi perjalanan jauh, namun beliau tetap izikan kerana mereka sudah lama tidak pulang ke kampung.

Sementara itu, adik kepada Nor Faizah, Nor Fitrah, 30, berkata, dia sempat membuat panggilan video sebanyak dua kali dengan anak sulung Mohd Azman, yang begitu seronok memberitahu mereka hendak pulang ke kampung.

“Panggilan pertama ialah sebelum mereka memulakan perjalanan. Saya berasa tidak sedap hati selepas itu kerana hari sudah lewat malam menyebabkan saya menghubungi Hariz (panggilan anak saudaranya) selang 10 minit kemudian.
“Saya pesan kepada kakak supaya hati-hati memandu kerana gelap dan banyak lori, namun kakak tidak menjawab apa-apa… mungkin sedang menumpukan perhatian (memandu),” katanya.

suami isteri

Artikel lain: Suami Isteri Maut Kemalangan, Status Terakhir Di Facebook Undang Sebak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor mengesahkan tiga beranak itu maut selepas kereta Perodu Alza dinaiki mereka hilang kawalan semasa melalui selekoh di kilometer 17 Jalan Lipis-Bentan di Penjom di sini sebelum bertembung dengan treler di jalan bertentangan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 2.25 pagi itu telah menyebabkan kereta mangsa diseret dan merempuh besi penghadang jalan.

suami isteri

Ia mengakibatkan semua mangsa maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Jenazah tiga beranak akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pintu Gerbang di Bachok hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (BERNAMA)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd