Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi, Anwar Ibrahim & Isteri Tunai Umrah

Sempena lawatan rasmi ke Arab Saudi selama tiga hari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan, ia adalah lawatan rasmi negara luar ASEAN yang pertama dilakukan selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Foto dikongsi BERNAMA

Seorang pengamal media, Mohd Redzuan Abdul Manap memuat naik sebuah video di laman Twitter memaparkan Anwar yang juga Menteri Kewangan dan isterinya dikawal ketat oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Menurut laporan BH Online, Anwar kemudian dijadual bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha serta Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa.

Sepanjang lawatan rasmi berkenaan, beliau juga dijadualkan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi di Istana Al-Salam.

Selain isteri, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online, Facebook Anwar Ibrahim & BERNAMA, Twitter @redzuanNewsMPB

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Zionis menegaskan rakyat Palestin dilarang menggunakan air hujan untuk kegunaan domestik dan pertanian kerana ia adalah hak milik Israel. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Spotlight

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkahwinan mewah anak tunggal kepada Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia, Pin Harris iaitu Ryan Harris...

Sukan

Skuad Harimau Malaya dipuji Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) lagi selepas menumpaskan Taiwan dalam Saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam tadi. Menerusi...

Filem

Filem bertemakan ‘kahwin muda’ iaitu Imam Tanpa Makmum yang bergenre romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio bakal menghiasi seluruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.