Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPWKM Henti Beri Elaun Kepada Pengemis OKU Miliki Proton X70

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberhentikan bantuan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang penerima selepas terbongkar melakukan aktiviti mengemis sehingga mampu memiliki Proton X70 Premium.

Foto: Astro Awani

Menurut laporan Bernama, Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, elaun sebanyak RM450 dihentikan bermula bulan ini dan turut mengarahkan lelaki itu melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis lagi.

“Siasatan lanjut juga mendapati dia kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan dan sebab itulah individu ini tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya.

Foto: FB Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab yang diadakan di Dewan Rakyat pada hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang OKU yang menerima bantuan daripada JKM melakukan aktiviti mengemis dan memiliki sebuah Proton X70 Premium.

“Lelaki yang cacat pada kedua-dua tangannya itu dilaporkan memperoleh pendapatan hingga RM500 dalam tempoh lima jam hasil kutipan sumbangan orang ramai di pasar malam sebelum perbuatan itu berjaya dibongkar JKM Maran pada Februari lepas,” ujarnya.

Foto: FB Malaysiakini

Sementara itu, Noraini turut mengulas berhubung langkah jangka panjang KPWKM bagi menangani isu orang papa dan gelandangan dengan melaksanakan Kajian Semakan Semula Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menambah baik pengendalian isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPWKM menyasarkan dapatan kajian ini akan diguna pakai sebagai asas pertimbangan dalam merasionalkan ketetapan berkaitan mekanisme penyelesaian isu pengemisan, gelandangan, aspek pemulihan dan penguatkuasaan,” katanya.

Tambah beliau, bagi jangka pendek, KPKWM melaksanakan Op Menyelamat Orang-orang Papa di kawasan ‘hotspot’ seperti di pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan menjalankan operasi bersepadu selaras pelbagai akta berkaitan.

Beliau juga berkata penyelesaian isu ini bukan terletak pada KPWKM semata-mata, sebaliknya kerjasama dan sokongan semua pihak amat dialu-alukan termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan orang awam.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd