Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kesal Keluarga Dikecam, Norza Zakaria Dedah Tidak Terima Gaji Di MOM & BAM

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria menyuarakan rasa kesal kerana keluarganya menerima kecaman susulan tular foto memaparkan mereka di Sukan Olimpik Paris 2024.

Memetik laporan The Star, Norza yang juga merupakan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata dia berkhidmat di kedua-dua persatuan itu secara pro-bono dan tidak terima gaji di MOM & BAM.

Norza Zakaria dedah tidak terima gaji di MOM & BAM

Norza Tidak Terima Gaji

Foto: New Straits Times

“Saya tidak menerima sebarang gaji daripada kedua-dua pertubuhan mahupun elaun. Saya ingin membantu membawa kecemerlangan dan kebanggaan negara kita.
“Serangan terhadap keluarga saya ini sama sekali tidak perlu dan mereka tidak perlu melalui perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pentadbiran BAM Michelle Chai pula tampil membela Norza dan berkata semua peraturan tidak dipatuhi dan Presiden MOM itu sepatutnya tidak dibuli siber.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: ‘Angkut’ Isteri Dan Anak Ke Olimpik Paris? Norza Maklum Ada Kuota Khas

“IOC sememangnya memberi akreditasi kepada presiden dan setiausaha agung NOC. Setiap daripada mereka mendapat seorang tetamu yang menemani dan pada kad itu, akan tertera perkataan MOM.
“Sama seperti atlet, pegawai juga tidak seharusnya dibuli secara siber. Sila fahami isu tersebut sebelum membuat komen. Jika kita tidak menyukai seseorang, tidak bermakna semua yang dia lakukan adalah buruk,” ujar Chai.

Terdahulu, tular foto memaparkan Norza bersama isteri dan anak lelakinya yang hadir ke temasya Olimpik Paris sehingga menyebabkan mereka dikecam ramai.

Norza Tidak Terima Gaji

Bagaimanapun, Norza menjelaskan kehadiran isteri dan anak lelakinya ke Olimpik Paris adalah atas pembiayaan peribadinya dan bukan atas kuota akreditasi pasukan yang diberikan setiap Jawatankuasa Olimpik Negara.

Kehadiran isteri dan anak lelaki Norza ke temasya itu mendapat kecaman ramai susulan beberapa individu penting untuk atlet tidak dibawa ke Olimpik Paris.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurulatih pemain badminton negara, Goh Jin Wei tidak dapat menemaninya susulan bilangan kad akreditasi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terhad.

Dalam pada itu, media turut melaporkan Norza akan menyegerakan pengunduran dirinya dalam BAM susulan kontroversi tersebut.

“Melihat semua maklum balas ini, perasaan saya sekarang, saya hanya akan mengatakan bahawa saya akan meletak jawatan tidak lama lagi daripada BAM, yang ramai orang sedar hal ini.
“Saya berharap pemimpin seterusnya dapat menambah baik keadaan hal ehwal badminton di negara kita,” katanya.

Sumber: The Star, Malaysiakini 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim mempersoalkan kewajaran keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mengambil keputusan untuk menutup kesemua premis perniagaan pada 1 Syawal. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd