Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rumah Pusaka Jadi Stor Ganja, Dua Beradik Ditahan Bersama 22KG Bahan Terlarang

Kegiatan dua beradik yang dipercayai menggunakan rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka di Duyong Besar sebagai lokasi transit dan penyimpanan bunga ganja untuk pasaran antarabangsa terbongkar selepas premis itu diserbu polis pada 14 Jun lalu.

Rumah pusaka jadi transit ganja

Memetik laporan Harian Metro, dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu kira-kira pukul 3.30 petang, dua lelaki berusia 39 dan 50 tahun berjaya ditahan, manakala polis turut merampas 22 kilogram (kg) bunga ganja yang dianggarkan bernilai RM1.76 juta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, serbuan pertama yang dilakukan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan dadah yang dipercayai disimpan sementara sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, serbuan kedua pula dilakukan di hadapan sebuah rumah di kawasan sama yang membabitkan suspek kedua, namun pemeriksaan tidak menemukan sebarang barangan menyalahi undang-undang.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dalam sindiket yang aktif sejak Mac lalu.
“Rumah berkenaan dipercayai dijadikan lokasi transit bagi menyimpan bekalan bunga ganja yang dipercayai diseludup masuk melalui laluan laut sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati bunga ganja yang dirampas dipercayai akan diproses menjadi cecair untuk kegunaan rokok elektronik atau vape.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, keputusan ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek menunjukkan mereka negatif dadah.

“Siasatan juga mendapati suspek berusia 39 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala abangnya berusia 50 tahun mempunyai 13 rekod kesalahan berkaitan dadah mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952),” jelasnya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Jun sebelum tempoh reman mereka disambung selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

Dalam perkembangan sama, polis turut mengambil tindakan mengikut ADB (Perlucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset yang dianggarkan bernilai RM149,000.

Artikel lain: RM1.5 Bilion Syabu Ditemui Dalam Kandang Lembu, Disyaki Untuk Pasaran Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara harta yang disita ialah sebuah kereta Hyundai, tiga motosikal iaitu BMW R100, Yamaha NVX dan Yamaha 135LC serta wang tunai berjumlah RM6,000.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah RM1.909 juta,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd