Connect with us

Infozon

Kematian Melepasi Angka 20 Ribu, Amerika Syarikat Catat Korban Tertinggi Di Dunia

Negara Amerika Syarikat kini merupakan negara paling terjejas teruk disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19 ini. Menurut laporan semalam korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini telah melepasi angka mengerikan 20,000.

AS telah mencatatkan angka kematian sebanyak 1,920 dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut satu penjumlahan oleh Universiti Johns Hopkins, bagaimanapun angka tersebut dilihat agak menurun berbanding 2,108 kematian yang dicatatkan pada hari yang sebelumnya.

Setakat ini, wabak itu telah mengorbankan sekurang-kurang hampir 20,506 nyawa dan AS antara negara yang kini paling terkesan di dunia dari segi jumlah kematian dan kes jangkitan disahkan. Kini jumlah jangkitan COVID-19 di AS telah mencecah mencecah 527,111 kes.

Itali yang muncul negara paling terjejas di Eropah dengan populasi berjumlah satu per lima daripada AS, turut menghampiri angka menggerunkan apabila mencatat 19,468 kematian, setakat ini.

Di New York dan New Orleans, mulai menunjukkan penurunan kadar jangkitan. Bagaimanapun, pakar dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan agar tidak terlalu cepat menarik balik pelaksanaan perintah berkurung walaupun dilihat penurunan berlaku di beberapa tempat.

Belum reda isu COVID-19 ini di AS, Presiden Donald Trump, kini mempertimbangkan langkah untuk membuka semula dan membangunkan ekonomi di AS dengan secepat mungkin.

“Namun, tahukah anda? Berkurung di rumah juga membawa kepada kematian,” kata Presiden Amerika Syarikat itu.

Sumber: Berita Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending