Connect with us

Infozon

‘Kedai Runcit Ibu’, Cara Mesra Bentuk Displin Anak2 Sewaktu PKP

Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan keatas rakyat Malaysia, secara dasarnya untuk memutuskan rantaian COVID-19 dari terus merebak. Tempoh PKP ini bakal berlarutan jika rantaian wabak pandemik ini tidak berjaya diputuskan dalam masa yang ditentukan.

Dalam tempoh PKP ini, ramai yang mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan melaksanakan aktiviti yang berfaedah sewaktu berada di rumah. Malah, bagi mereka yang mempunyai anak kecil ini adalah masa yang sangat sesuai untuk ibu bapa mengajar sendiri ilmu-ilmu asas kepada anak mereka.

Kedai runcit ibu

Di Facebook seorang wanita telah berkongsikan bagaimana dirinya meluangkan masa bersama anak-anaknya ketika pelaksanaan PKP. Sebuah kedai runcit mini telah ditubuhkan buat anak-anak sebagai ganjaran menolong dirinya melakukan kerja-kerja rumah.

“Cuci tangan dan pakai hand sanitizer…”

Walaupun perkara ini nampak ringkas, namun ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak tanpa memaksa dan pada masa yang sama sangat menyeronokkan untuk dipelajari.

Diruangan komen, penuh dengan pandangan dan pendapat ibu bapa yang sangat seronok dengan idea yang dilaksanakan oleh wanita ini. Ramai juga yang dilihat mahu mencuba idea ‘Kedai Runcit Ibu’ ini sebagai aktiviti bersama anak-anak sewaktu PKP ini berlangsung.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending