Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

KBS Terima Permohonan Maaf Victor, Enggan Panjangkan Isu Bendera Terbalik

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terima permohonan maaf daripada pihak penaja pemain perseorangan badminton profesional negara Lee Zii Jia, susulan isu Jalur Gemilang terbalik, semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata isu berkenaan tidak perlu dipanjangkan lagi dan beliau yakin Zii Jia tiada niat untuk memalukan negara.

KBS Terima Permohonan Maaf

KBS Terima Permohonan Maaf

Foto: Carian Google

Bagaimanapun, Hannah menggesa pihak pengurusan dan atlet mengambil serius isu berkenaan bagi mengelakkan kesilapan sama berulang di masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buat masa ini, isu Zii Jia seperti yang saya katakan, permohonan maaf telah diterima dan saya tahu Zii Jia tiada niat untuk memalukan negara sebegini. Itu sebab saya katakan permohonan itu diterima tapi kita mahu pihak pengurusan dan semua atlet lain untuk mengambil ini secara serius supaya kejadian sama tidak berulang.
Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyediakan kepada saya untuk saya semak dan kemudian kami akan kemas kini,” ujar Hannah.

Jalur Gemilang terbalik, Victor Malaysia mohon maaf

Foto: X victor_malaysia

Artikel lain: Jalur Gemilang Terbalik Di Jersi, KBS Rangka Kod Baharu Etika Pemakaian Atlet

Beliau berkata demikian selepas sidang media Dana Sukan Kementerian Belia dan Sukan 2025 di Putrajaya.

Sebelum ini, Zii Jia dibayangi kontroversi apabila memakai jersi dengan Jalur Gemilang terbalik ketika beraksi dalam Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, penaja kepada Lee Zii Jia, Victor, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu.

Sumber: Kosmo! Online

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd