Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jumlah Kes Denggi Meningkat Tahun Lalu, Kerajaan Ambil Langkah Pencegahan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes denggi meningkat kepada 123,133 kes denggi pada tahun lalu berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi telah dilaksanakan buat kali pertama tahun ini bagi mencegah dan mengawal denggi.

Kerajaan Ambil Langkah Pencegahan kes denggi

Foto: Harian Metro

“Mesyuarat ini melibatkan pelbagai agensi strategik melibatkan 14 kementerian, semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani isu denggi di Malaysia,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.

Mesyuarat itu telah memutuskan beberapa perkara antaranya ialah meningkatkan keupayaan sumber menerusi kolaborasi agensi kerajaan, bukan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan Task Force bersama GLC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, keupayaan sumber melalui penyumberluaran aktiviti kawalan dan pencegahan denggi seperti semburan dan larvisiding juga akan dipertingkatkan.

“Kepimpinan setempat akan diperkukuh melalui penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam jawatankuasa kawalan dan pencegahan denggi peringkat negeri dan daerah,” ujarnya.

Kerajaan ambil langkah pencegahan kes denggi

Kerajaan Ambil Langkah Pencegahan kes denggi

Foto: Kosmo Digital

Tambah Ahmad Zahid, program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia yang telah dilaksanakan di 32 lokaliti melibatkan tujuh negeri pada 2019 menunjukkan penurunan kes denggi 45% hingga 100% berbanding sebelum pelepasan.

Artikel lain: Bukan Perayaan Asing, Hari Thaiponggal Eratkan Perpaduan Negara – Aaron

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jawatankuasa Kabinet mencadangkan agar perluasan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia melalui pertambahan 10 lokaliti baru yang memerlukan dana sebanyak 4 juta setahun bagi menampung kos operasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Kabinet juga mencadangkan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menjadikan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai Projek Angkat oleh PBT.

Aktiviti gotong-royong berjadual di premis seliaan kementerian, jabatan dan agensi perlu dijadikan agenda tetap dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Daerah dan Negeri.

Kerajaan Ambil Langkah Pencegahan kes denggi

Foto: Harian Metro

“Selain itu, kempen dan gotong-royong secara besar-besaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pemimpin setempat dan masyarakat akan dilaksanakan tahun ini,” katanya.

Akhir sekali, mesyuarat itu memutuskan untuk mengemukakan satu kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dalam tempoh dua minggu yang menggariskan langkah menangani denggi untuk persetujuan jemaah menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Diharapkan dengan keputusan-keputusan yang diambil ini dapat meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi sebelum ia menjadi lebih serius.
“Saya menyeru semua rakyat mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” ujarnya.
+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd