Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPA Nafi Tamatkan 30000 Kakitangan Tiada SPM, Pelantikan Dibuat Ikut Keperluan Semasa

Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA nafi tamatkan 30000 kakitangan tiada SPM atau Sijil Pelajaram Malaysia seperti yang didakwa CUEPACS dalam satu kenyataan baru-baru ini.

JPA menegaskan tiada arahan penamatan kontrak secara besar-besaran terhadap pegawai yang tidak memiliki SPM, sebaliknya, pengurusan kontrak pegawai lantikan Contract of Service (CoS) adalah berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan serta persetujuan kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, JPA berkata berdasarkan rekod, kelulusan CoS di bawah peruntukan OS29000 untuk tahun 2024 bagi kakitangan yang tidak memiliki SPM hanyalah sebanyak 2,037 orang.

JPA nafi tamatkan 30000 kakitangan tiada SPM

JPA nafi tamatkan 30000 kakitangan tiada SPM

Menurut JPA, sehingga 13 Februari 2025, pihaknya telah menerima sebanyak 108 permohonan daripada pelbagai agensi untuk kelonggaran syarat skim perkhidmatan bagi melantik semula pegawai kontrak yang tidak memiliki SPM susulan daripada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada jumlah ini, 83 permohonan telah diluluskan, manakala 25 permohonan tidak dapat dipertimbangkan kerana pegawai masih dalam tempoh kontrak atau lantikan sebelum yang didapati tidak teratur.
“Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu ini secara inklusif dan bertimbang rasa,” kata JPA.

Sementara itu, pelaksanaan SSPA telah menetapkan bahawa 14 Skim Perkhidmatan yang sebelum ini menerima kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dinaik taraf kepada kelayakan masuk SPM.

Artikel lain: Isu Waktu Sekolah Bulan Ramadan, Kenyataan Fadhlina Disalah Tafsir – Dr Akmal

“Namun begitu, ini tidak bermakna pegawai awam yang sedang berkhidmat dengan kelayakan PMR atau PT3 perlu ditamatkan kontrak.
“Keputusan itu juga bertepatan dengan perubahan sistem pendidikan negara di mana peperiksaan PMR dan PT3 tidak lagi dilaksana.
“Dengan pemansuhan PMR dan PT3, SPM kini menjadi taraf pendidikan terendah yang melayakkan seseorang untuk memasuki perkhidmatan awam,” ujar JPA.

Tambah JPA, kerajaan sentiasa terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk CUEPACS bagi mencari penyelesaian terbaik yang adil kepada semua pihak yang terlibat.

“Keutamaan Kerajaan adalah memastikan tenaga kerja dalam Perkhidmatan Awam diselaraskan dengan keperluan semasa, sambul memastikan kebajikan pegawai kontrak terus dijaga.
“Justeru, JPA ingin menegaskan bahawa dakwaan mengenai penamatan kontrak 30,000 kakitangan adalah tidak tepat.
“Segala keputusan berkaitan pelantikan dan pengurusan kontrak dibuat dengan penuh pertimbangan berdasarkan keperluan perkhidmatan serta dasar kerajaan yang sedia ada,” kata JPA.

Sebelum ini, Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat mempersoalkan keputusan kerajaan yang tidak menyambung perkhidmatan kira-kira 30,000 kakitangan kontrak yang tiada SPM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan CUEPACS tidak benar, JPA nafi tamatkan 30000 kakitangan tiada SPM

Foto: Berita Harian

Adnan berkata keputusan itu tidak mengambil kira pengalaman dalam perkhidmatan kontrak selama enam tahun disamping turut menyifatkan tindakan itu satu langkah tidak adil dan membebankan mereka yang sudah lama berkhidmat dalam sektor awam.

Pihaknya turut menggesa perbincangan segera diadakan antara kerajaan bagi mencari penyelesaian menang-menang serta tidak menindas kebajikan kakitangan kontrak dalam sektor awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd