Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ingati Ulang Tahun Perkahwinan ke-14, BCL Hadiahkan Taburan Bunga Di Pusara Ashraf

Baru-baru ini, selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari diterpa gosip panas apabila fotonya dengan penampilan sedikit buncit menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Namun, balu kepada aktor Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair itu memilih membiarkan sahaja kontroversi berkenaan dirinya berlalu walaupun dituduh hamil.

Ingati hari anniversary

Menerusi perkongsian terkini Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagram, dia dilihat hadir ke pusara Ashraf dengan membawa bunga untuk ditabur di permukaan pusara bagi memperingati ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

“Empat tahun yang lalu, kita berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Hari ini, walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan saya juga berbeza di sini, tapi awak akan selamanya di hati saya..Happy anniversary,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Ibu bapa Ashraf pun ada ziarahi BCL

Selain itu, ibu bapa Ashraf turut ada bersama BCL pada hari ulang tahun perkahwinan allahyarham anak mereka dan sempat bergambar bersama-sama selebriti Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal tersebut dikongsikan sendiri ibu Ashraf di laman Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur kerana menantunya ada bersama sewaktu mereka datang melawat pusara selebriti itu.

 

 

Untuk rekod, pelantun lagu Wanita Terbahagia ini telah melangsungkan pernikahannya dengan Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka telah menimang seorang cahaya mata lelaki dikenali sebagai Noah Aidan Sinclair yang lahir pada Disember 2010.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 18 Februari 2020, allahyarham Ashraf telah disahkan meninggal dunia apabila didapati mengalami serangan jantung ketika tidur selepas tidak sedarkan diri ketika dikejutkan isterinya.

Sumber: Instagram bungacitralestari

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd