Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hijrah Shaun King, Pilih Agama Islam Pada Hari Pertama Ramadan

Aktivis kemanusiaan dan penulis Amerika Syarikat, Shaun King dan isterinya Rai King memilih untuk memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan, pada Selasa.

Foto: The Jasmine Brand

Menerusi artikel Religion News Service, kisahnya memeluk Islam tersebar luas apabila Professor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz syahadah dengan bantuan Sheikh Omar Suleiman, sekali gus disaksikan oleh pengikutnya dari seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“la membuatkan saya tersentuh dalam cara yang paling mendalam untuk melihat mereka sekarang di tempat yang paling berbahaya dan tragik di bumi ini, tetapi masih boleh melihat erti dan tujuan dalam hidup dari lensa Islam,” katanya.
“Kepercayaan mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati berjuta-juta orang di seluruh dunia yang turut melihat,” kata aktivis itu.

Foto: Newswav

Shaun yang terkenal, sangat lantang berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza sehingga dia dilihat memakai keffiyeh (mafela) sebagai simbol solidariti terhadap Palestin sewaktu memeluk Islam.

Lelaki berusia 44 tahun tersebut menjadi terkenal dalam kalangan aktivis selepas dirinya secara terang-terangan mempromosikan keadilan Palestin dan Gaza sejak enam bulan lalu  serta menekankan hak asasi manusia.

Sumber: Religion News Service, YouTube Muslim Convert Stories

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Lokal

Polis memaklumkan suspek pembunuhan seorang penuntut universiti di Cyberjaya dikesan membuat transaksi pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa setelah wanita itu dibunuh. Suspek guna...

Lokal

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd