Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hari Ini Jumaat Yang Hitam Buat Undang-Undang Syariah – Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah terbatal hari ini sebagai Jumaat yang hitam buat undang-undang syariah.

Memetik laporan Berita Harian, kesalahan syariah yang dibatalkan oleh mahkamah yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 telah melakar sejarah hitam  bagi umat Islam di negara ini.

Foto: Berita Harian

Takiyuddin berkata keputusan yang diambil mahkamah itu bakal memberi kesan buruk kepada undang-undang syariah di 14 negeri lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita amat sedih, ini adalah Black Friday, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam. Saya sebagai peguam tahu apabila satu undang-undang jenayah syariah di negeri lain dalam keadaan bahaya dan kritikal,” katanya.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan telah mengisytiharkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mut telah mencapai keputusan penghakiman 8-1.

Panel penghakiman membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Zurian Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Jumaat yang hitam buat undang-undang syariah

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tengku Maimun dalam panel penghakiman berkata mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Artikel lain: Kenderaan Menteri Ekori Ambulans Mod Kecemasan, Nga Kor Ming Sedia Beri Kerjasama

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata keputusaan berkenaan bukan perkara kecil kerana ia adalah untuk mempertahankan undang-undang syariah secara langsung mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, institusi Raja-Raja Melayu menjadi ketua kepada agama Islam di negeri dengan Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Katakanlah di Negeri Sembilan atau di Melaka, individu dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan liwat.
“Kemudian kes dibawa ke Mahkamah Persekutuan dan diberitahu di Kelantan, enakmen itu sudah dibatalkan.
“Maka kes akan dibatalkan dan tak ada orang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Jadi ini amat serius,” jelasnya.

Sementara itu, Takiyuddin turut memaklumkan bahawa ramai Ahli Parlimen sudah mengemukakan soalan bagi mendapatkan jawapan berhubung isu itu pada sesi Dewan Rakyat tidak lama lagi.

“Kita tahu bahawa di peringkat Persekutuan ini, ada satu jawatankuasa dipanggil Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia  (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor.
“Jadi, kita juga akan bertanya di Parlimen, apa hasil daripada jawatankuasa MKI, apa yang sudah di buat untuk lindungi kedudukan undang-undang syariah di negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd