Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenderaan Menteri Ekori Ambulans Mod Kecemasan, Nga Kor Ming Sedia Beri Kerjasama

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia untuk beri kerjasama penuh berhubung isu kenderaan rasmi yang dinaikinya dikatakan mengekori sebuah ambulans dengan rapat.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Kor Ming berkata pada 3 Februari lalu kenderaan beliau dikatakan telah mengekori sebuah ambulans yang dalam mod kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

https://www.facebook.com/ngakormingofficial/posts/pfbid02UeBKZfxb5JmcQ5qJxUjV2uqDzj72YDpKoeA1fgNLv2RJqHHXxuzHSDVvn7gyiV6Ll

Kor Ming mengakui terbabit dalam insiden berkenaan ketika beliau sedang berada dalam perjalanan untuk menghadiri program rasmi di Ipoh, Perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemandu kenderaan rasmi saya telah sedar bahawa terdapat sebuah ambulans swasta mengekori kenderaan saya untuk ke lokasi kemalangan.
“Oleh itu, bagi memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan, pemandu saya telah memberi laluan kepada ambulans tersebut,” katanya.

Nga Kor Ming sedia beri kerjasama

Foto: Harian Metro

Menurut Kor Ming, keadaan jalan raya yang sesak menyebabkan pemandunya terpaksa mengekori ambulans tersebut sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh.

Artikel lain: MEXCOPT 2024 Fokuskan Agenda Pemerkasaan Kerajaan Tempatan -Nga Kor Ming

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berniat untuk melanggari undang-undang dan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang,” ujarya.

Dalam pada itu, Kor Ming turut berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Sun

“Pegawai saya juga bersedia untuk membayar kompaun kesalahan bagi pemandu saya sekiranya beliau didapati bersalah. Segala kesulitan bukan disengajakan dan amat dikesali,” katanya.

Sumber: Facebook Nga Kor Ming

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd