Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gempar Bunyi Letupan, Lelaki Terkorban Ditembak Di Puchong Prima

Seorang lelaki dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan di Puchong Prima, di sini sekitar jam 3.49 petang, hari ini. petik Harian Metro.

Difahamkan, mangsa yang ditembak mati dalam kejadian terbabit adalah individu dikehendaki polis dengan mempunyai 13 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek adalah seorang lelaki warga tempatan mempunyai tujuh rekod jenayah dan enam rekod kesalahan narkotik.

Menurut beliau, suspek maut selepas berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya,”ujarnya.

ditembak Puchong Prima

Mengulas lanjut Hussein meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke IPD Subang Jaya di talian 0378627222 atau tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan.

ditembak Puchong Prima

Sebelum ini, beliau berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, pasukan forensik yang tiba pada jam 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada jam 6.15 petang.

Sebelum ini, tular di platform media sosial yang mengakibatkan penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3 gempar apabila bunyi letupan kedengaran dipercayai susulan kejadian tembakan, hari ini.

Satu klip video berdurasi 39 saat memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi dipercayai tembakan dilepaskan.

https://www.facebook.com/100000657635086/videos/pcb.7385478194817362/933394435045625

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video berkenaan tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook yang dipercayai dirakam dari tingkat atas di sebuah premis berhampiran.

Pihak polis turut menutup sebahagian jalan berkenaan daripada dimasuki individu tidak sepatutnya.

Sumber: BH Online (BERNAMA), FB (Ahmad Kelang), Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd