Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Pandu Kapal Terbang Ringan Balik Kampung, Elak Kesesakan Trafik

Seorang lelaki pandu kapal terbang ringan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Portal Thaiger melaporkan, lelaki dikenali Wang memandu kapal terbang ringan itu berbanding menempuhi kesesakan trafik di jalan raya untuk pulang ke kampung halaman di wilayah Anhui.

Bukan itu sahaja. Wang juga dilaporkan membawa anak perempuannya pulang ke kampung halaman bersama dengannya.

Menurut Wang, dia memilih untuk pandu pesawat tersebut bagi mengurangkan tempoh perjalanan dari lebih tiga jam kepada 50 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya lagi, mereka juga dapat menikmati pemandangan indah dari ruang udara.

pandu kapal terbang

Artikel lain: Anak Buat Kejutan Istimewa, Pandu Sendiri Kapal Terbang Bawa Ibu Tunai Haji

Penularan video tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet terutamanya mengenai kaedah pendaratan di kawasan luar bandar tanpa landasan.

Jelas Wang, sebagai seorang juruterbang berpengalaman, dirinya tidak mempunyai masalah had umur penumpang, lebih-lebih lagi kanak-kanak itu adalah anak kandungnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, terdapat kawasan luas untuk dia melakukan pendaratan di kampung halaman.

“Dari aspek undang-undang penerbangan, juruterbang perlu memberitahu Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa lain yang berkaitan dengan rancangan perjalanan mereka.
“Laluan yang ditetapkan membolehkan saya memfailkan laporan beberapa jam lebih,”ujarnya.

pandu kapal terbang

Sumber: thethaiger

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd