Connect with us

Cute

Dalam Hati Ada Taman, Aksi Polis Bersenjata Belai Kucing Jadi Tumpuan

Aksi seorang anggota polis bersenjata yang ralit membelai dan mengusap seekor kucing jalanan sewaktu bertugas di luar Istana Negara mencuri tumpuan netizen yang terhibur melihat telatah comel mereka.

Tindakan polis itu dirakam oleh petugas media yang kebetulan sedang membuat siaran langsung dari Istana Negara untuk disiarkan di stesen televisyen tempatan.

Amboi kucing tu pun

Perkongsian seorang pengguna Twitter itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut meninggalkan beberapa komen bernada gurauan.

Advertisement

Boleh kena saman tak sebab ganggu anggota bertugas?

Terdapat seorang netizen yang berkongsi pengalaman mengusap kucing jalanan.

M4A1 tu bro

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang tidak menumpukan perhatian kepada topik yang dibualkan iaitu kucing, namun memilih untuk ‘berdebat’ mengenai jenis senjata yang dibawa oleh anggota polis itu.

Sudah beberapa hari media daripada pelbagai agensi tempatan mahupun antarabangsa telah berkampung di hadapan pintu Istana Negara bagi mengikuti perkembangan isu politik negara.

Berikutan jumlah petugas media yang ramai, anggota polis ditugaskan mengawal lalu lintas sepanjang jalan menuju ke Istana Negara.

Selain itu, mereka turut memberi peringatan kepada petugas media untuk sentiasa mematuhi SOP dan menjaga penjarakan fizikal.

Advertisement

Sumber: Twitter @mamuvies

Continue Reading
Advertisement

Trending