Infozon
‘Berjuang’ 28 Tahun Jadi Wanita, Atlet Bola Tampar Indonesia Lega Kini Seorang Lelaki

Sekitar Sukan Sea 2018 yang bertempat di Indonesia, pastinya kita teringat akan seorang atlet bola tampar wanita tuan rumah dikenali sebagai Aprilia Manganang yang dilihat seperti seorang lelaki semasa turun di gelanggang.
Jantinanya pernah diragukan sehingga ada atlet dari negara luar melakukan protes disebabkan hal tersebut.
Aprilia yang berkhidmat dalam angkatan tentera darat Indonesia (TNI) kerap kali mewakili pasukan wanita dalam pertandingan bola tampar namun sudah bersara dari sukan tersebut pada tahun lalu.
Disahkan sendiri pihak atasan TNI
Selepas bertahun-tahun dibesarkan sebagai seorang wanita, akhirnya Aprilia telah disahkan sebagai seorang lelaki selepas pihak perubatan mendapati dia cenderung sebagai seorang lelaki.
Hal ini disahkan sediri oleh pihak atasan TNI iaitu Jenderal Andika Prakasa selepas mendapat keputusan ujian perubatan yang dilakukan oleh Aprilia sejak 3 Februari 2021.
Memang mempunyai masalah jantina
Menerusi Tribun News, bekas pemain bola tampar kebangsaan Indonesia itu mempunyai lebih banyak organ bersifat lelaki dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.
Dia yang berasal dari keluarga sederhana telah dibesarkan sebagai seorang wanita sememangnya mempunyai masalah kelainan jantina sejak lahir.
Rasa sangat bahagia
Jadi, setelah keputusan perubatan tersebut keluar, dia begitu berasa lega kerana akhirnya dia disahkan sebagai seorang lelaki selepas 28 tahun ‘berjuang’ menjadi seorang wanita.
Menurut Tribun Style pula, ketika ini Aprilia sedang menjalani pembedahan peringkat pertama perubahan jantina dari perempuan kepada lelaki sebelum dia berubah menjadi lelaki sebenar.
Sumber: Tribun News, Tribun Style

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit