Connect with us

WTF

Bayi 2 Tahun Ditemui Mati Terkunci Di Dalam Kereta Bersuhu 50 Celcius

Seorang kanak-kanak iaitu Sarbesh Gurun, 2 tahun dipercayai hilang selepas ditidurkan ibunya sebelum menjumpai mayatnya di dalam kereta keesokan pagi.

Sarbesh yang baru berusia 2 tahun…

Kanak-kanak terbabit terjaga daripada tidurnya dan berjalan dalam keadaan separa sedar menuju ke kereta yang bersuhu 50 celcius.

Sebelum itu, proses pencarian mangsa mengambil masa lebih kurang 15 jam selepas ibunya membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada pihak polis.

Mayat mangsa yang tidak bermaya itu dijumpai oleh jiran mereka, setelah membunyikan alat penggera sebelum bertolak pergi ke tempat kerja.

Suhu di Denton meningkat kepada 34 celcius, tambahan pula kereta berkenaan menggunakan cermin gelap jadi berkemungkinan suhu di dalam kereta tersebut telah naik kepada 50 celcius.

Mayat mangsa ditemui di dalam kereta putih…

Siasatan masih lagi dijalankan untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak tersebut boleh masuk ke dalam kereta itu.

Polis berkata keluarga mangsa terutama ibu beliau masih lagi dalam keadaan trauma dan sedang dirawat.

“Ibu mangsa terkejut apabila dimaklumkan tentang penemuan anaknya itu.”

“Bukan masanya untuk menyalahkan mana-mana pihak atau menuding jari, ini adalah masa untuk kita berkumpul memberi kekuatan kepada setiap orang.”

Tambahan polis, tiada sebarang tanda dan kesan trauma pada mayat Sarbesh dan mayatnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Sumber: Mirror.Co.UK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending