Infozon
Anak Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal, Bapa Meninggal Sendirian Akibat Covid-19

COvid-19 bukan sahaja telah menyebabkan lebih daripada 20 kematian di Malaysia, bahkan telah membunuh ribuan nyawa di luar negara.
Pelbagai cerita sedih diperoleh daripada luahan para petugas kesihatan dan ahli keluarga mangsa kerana pesakit-pesakit positif Covid-19 ini perlu diasingkan daripada orang sekeliling kerana bimbang membawa jangkitan.
Tiada lagi ucapan ‘bye’
Oleh itu, menerusi satu perkongsian tular di Twitter, seorang pemuda telah menzahirkan rasa ralatnya tidak mengucapkan selamat tinggal kepada bapa selepas menghantar lelaki itu mendapatkan rawatan saringan Covid-19 di hospital.
Tanpa disangka, ucapan “saya akan kembali semula” tidak menjadi kenyataan apabila dia tidak dapat melihat bapanya lagi selepas lelaki itu disahkan positif Covid-19.
Ucapan biasa rupanya menjadi ucapan terakhir
Menurutnya, bapanya telah menghantar mesej mengatakan berasa sedih kerana dia tidak mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum berangkat ke tempat kerja.
Rupanya, ia adalah mesej terakhir yang diterima dari bapanya yang disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia.
Tambahnya lagi, andai dapat diputarkan waktu, dia akan mengucapkan ucapan harian itu dan tidak akan merasa menyesal seperti sekarang.
Meninggal sendirian
Lelaki berusia 59 tahun itu merupakan warganegara Filipina dan berhijrah ke New Jersey telah meninggal dunia seorang diri di hospital akibat Covid-19.
Dia yang pada awalnya mempunyai simptom demam telah mendapatkan rawatan apabila kondisi semakin teruk dan disahkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lalu.
Di kesempatan itu, anak kepada mangsa Covid-19 telah mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menzahirkan ucapan takziah. Dia juga memberikan penghargaan yang tidak terhingga kepada petugas kesihatan yang gigih membendung Covid-19 dari terus menular.
Sumber : Peter John Dario, NJ.com

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit