Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Alami Depresi Sebelum Direman, Ibu Bapa Zayn Rayyan Jalani Rawatan Psikologi

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dipercayai mengalami depresi sebelum ditahan reman dan kini mereka sedang menjalani rawatan psikologi.

Memetik laporan Sinar Harian, peguam Mahmud Jumaat menjelaskan bahawa Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah mendapatkan rawatan berkenaan sejak kes ini berlaku dari awal lagi.

Foto: NSTP

Mahmud berkata, beliau percaya bahawa anak guam dan suaminya sudah mengalami depresi tersebut sebelum ditahan reman memandangkan kehilangan orang yang tersayang akan memberi kesan kepada kesihatan mental.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Depresi ini sudah berlaku sebelum kedua-dua mereka ditahan reman, jelas sekali, mana-mana keluarga apabila kehilangan orang tersayang akan mengalami depresi.
“Saya percaya dari awal kes mereka sudah dapatkan rawatan, apatah lagi mereka mempunyai anak autisme seorang lagi iaitu Mateen,” katanya ketika sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Foto: Kosmo! Online

Terdahulu, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah di atas dakwaan mengabaikan kanak-kanak autisme berkenaan di Mahkamah Sesyen, tengah hari tadi.

Disember lalu, penduduk Apartment Idaman Damansara Damai tergempar dengan penemuan mayat Zayn di anak sungai berhampiran kawasan tersebut selepas ibunya melaporkan kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuralif Mohd Zoki, Noor Azlida Alimin, Hisyamuddin Ayub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd