Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ahmad Zahid Seru NADMA Perkasa & Tambah Baik Pengurusan Bencana Melalui DDR

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diseru untuk terus maju kehadapan dalam memperkasa dan menambah baik pengurusan bencana melalui langkah pengurangan risiko bencana atau Disaster Risk Reduction (DRR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam usaha memperkasakan NADMA, ia memerlukan usaha dan kerjasama yang terselaras serta menyeluruh.

“Ini kerana pengurusan dan pengurangan risiko bencana ini adalah satu isu cross-cutting melibatkan pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.
“Tindakan NADMA melakukan pengemaskinian Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 (MKN 20), Arahan Majlis Keselamatan No. 19 (MKN 19), Perintah Tetap Operasi (PTO) serta pembentukan dasar antara lain dapat memastikan 8 bahawa…
“…langkah-langkah pengurusan bencana dan DRR yang diambil adalah relevan dengan keadaan semasa sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa, berkesan dan berpaksikan kepada strategi DRR serta pembangunan mampan,” katanya.

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun 2024 Bersama Warga NADMA di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong pada Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid berkata, beliau tahu bahawa penyediaan dana untuk pengurusan bencana masih menjadi salah satu cabaran yang besar kerana sudah pasti setiap langkah dalam mengurangkan risiko bencana memerlukan kos.

Foto: Buletin TV3

“Kerajaan Perpaduan di bawah Pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan komitmen sewajarnya dengan memperuntukkan sebanyak RM11.8 bilion bagi melaksanakan 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi.
“Saya juga ingin melihat pelaksanaan game-changer terus diperhebat dengan menjalin erat kolaborasi rentas Kementerian termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta.
“Usaha game-changer ini boleh difokuskan bukan sahaja dalam pengurusan bencana, tetapi juga terhadap usaha memberikan pendidikan dan maklumat untuk meningkatkan kesedaran awam dalam menghadapi bencana,” ujarnya.

Artikel lain: Menteri Agama Puji Usaha TH Elak Orang Ramai Tertipu ‘Scam’ Pakej Haji

Sementara itu, bagi memastikan NADMA dapat berfungsi dan bertindak dengan cemerlang, beliau mahu badan itu mempunyai hala tuju yang jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penyusunan semula struktur NADMA perlu dilaksanakan segera untuk mencapai misi dan visi NADMA.
“Tindakan ini bukan sahaja melibatkan penstrukturan perjawatan tetapi melihat secara holistik keperluan bagi memenuhi aspirasi setiap rakan strategik dalam pengurusan bencana,” jelasnya.

Kerajaan peruntuk RM11.8 Bilion laksana 33 projek tebatan banjir

Foto: Sinar Harian

Pada masa sama, pelan strategik dan pengukuhan gerak kerja dan budaya baharu dalam kalangan warga NADMA juga perlu diwujudkan dan diperkasakan.

“Ia perlu wujud dan diperkasa ke arah pencapaian hasil bermutu tinggi dan perkhidmatan cemerlang, bukan hanya dalam negara tetapi di luar negara,” kata lagi.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd