Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Cantik Seperti ‘Princess’, Ramai Terpukau Dengan Penampilan IU

Bila sebut nama pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Ji-eun atau lebih dikenali sebagai IU, pasti semua orang akan mengenalinya.

Mana tidaknya, selain mempunyai wajah yang sangat cantik, dia juga sangat sinonim sebagai seorang selebriti yang dermawan dan mempunyai hati yang baik.

Malah, sebelum ini juga, IU telah memberi sumbangan kira-kira RM656,000 kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association sempena ulang tahun ke-15 sebagai anak seni.

Terbaharu, nama IU sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia tampil memberi sebuah persembahan di konsertnya, The Golden Hour yang bertempat di Stadium Jamsil Olympic.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@leejieun93

❤️ #iu #leejieun #아이유 #dlwlrma

♬ Lily – Alan Walker & K-391 & Emelie Hollow

Macam princess la!

Apa yang menarik perhatian netizen, penampilan IU yang menggayakan dress seperti puteri raja telah mengundang pujian serta membuatkan orang ramai terpegun apabila melihatnya.

Cantiknya IU, untung siapa yang dapat dia nanti!

Bukan itu sahaja, ramai yang tidak percaya dengan kecantikan yang dimiliki oleh penyanyi yang berusia 29 tahun itu dan mereka menganggap jejaka yang berjaya menawan hatinya kelak adalah lelaki yang paling bertuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @leejieun93

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd