Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KTMB Tambah Baik, Pertingkat Garis Panduan Charter Train

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan lebih peka dan tegas terhadap garis panduan untuk acara pada masa akan datang sekali gus menganggap parti dalam tren yang berlaku baru-baru ini berada di luar kawalan.

Menerusi satu kenyataan, pihak KTMB menyatakan bahawa perkhidmatan mereka telah diperkenalkan untuk disewa khas kepada syarikat atau individu yang berminat sejak September 2021 lagi.

Foto: NST Online

“Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan pernah disewa khas oleh pihak-pihak kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan-persatuan.
“Sebagai penyedia perkhidmatan, kami menyediakan keseluruhan tren dan koc-koc mengikut permintaan pelanggan dan aktiviti yang direncana ditentukan sendiri oleh pihak pelanggan mengikut garis panduan dan terma-terma yang telah ditetapkan,” katanya baru-baru ini.

Difahamkan, ketetapan syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara boleh melanggar undang-undang telah dipersetujui oleh pelanggan mereka yang juga berkait dengan isu Charter Train pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah, pada 16 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KTMB akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewa khas demi kepentingan orang awam dan syarikat,” ujarnya.

Foto: Bernama

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata KTMB berkemungkinan tidak menerima penerangan secara jelas berhubung aktiviti pesta dalam koc tren terbabit sebelum ini.

“KTMB sudah menyatakan sejak 2021, tren itu disewa khas untuk aktiviti korporat dan sebagainya.
“Aktiviti terbabit mungkin tidak dinyatakan dengan jelas kepada KTMB. Namun, ada garis panduan ditetapkan termasuk tiada minuman alkohol dan sebagainya dan itu ditetapkan sebagai prasyarat,” ujarnya.

Selain berpendapat isu tersebut boleh berlaku di luar kawalan, Loke turut menegaskan bahawa garis panduan bagi acara pada masa akan datang akan lebih diperketatkan seperti dinyatakan pihak KTMB agar perkara seperti ini tidak berulang kembali.

“Kadang-kala apa yang berlaku itu mungkin di luar kawalan KTMB,” tambahnya lagi.

Foto: FB Pinkfish Festival

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat video sekumpulan penumpang sedang berpesta di dalam tren yang dipercayai berlaku di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, selain menjadi pengendali perkhidmatan pengangkutan rel negara di sepanjang 1,655km rangkaian kereta api dengan 99 stesen dan 75 perhentian di seluruh Semenanjung Malaysia, KTMB turut menyediakan perkhidmatan penumpang (ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter) dan barangan (KTM Kargo).

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd