Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Syarikat Bumiputera Boleh Mohon AP Terbuka Berkuat Kuasa 1 Julai – MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberitahu mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Menerusi satu laporan Bernama, MITI menjelaskan langkah tersebut selaras dengan usaha untuk terus meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.

Foto: Harian Metro

“Pelaksanaan dasar ini dijangka menarik lebih banyak syarikat bumiputera untuk berkecimpung dalam industri automotif. Pertambahan bilangan syarikat akan menjadikan segmen ini lebih kompetitif dan berdaya saing,” katanya.

MITI juga memaklumkan, syarat utama bagi syarikat bumiputera yang berminat ialah berstatus sendirian berhad, pemilikan 100 peratus bumiputera, mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Paul Tan

“Syarikat bumiputera yang berminat dan layak untuk membuat permohonan boleh merujuk di https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/3796 bagi mendapatkan garis panduan, borang permohonan dan senarai semak,” ujarnya.

MITI turut berkata, objektif utama kerajaan membuka peluang tersebut bertujuan untuk memperkasakan agenda sosio-ekonomi bumiputera kepada lebih ramai usahawan bumiputera yang berdaya saing untuk terlibat dalam sektor automotif.

Foto: Malaysian Reserve

“Dasar AP Terbuka yang dilaksanakan sejak 1970 telah berjaya melahirkan syarikat bumiputera yang berdaya maju, bukan sahaja di dalam segmen mengimport dan menjual kenderaan malah juga dalam aktiviti utama di sepanjang rantaian bekalan seperti perkhidmatan selepas jualan, insurans dan logistik,” jelasnya.

Untuk makluman, dasar tersebut penting untuk mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara seperti yang ditetapkan Dasar Ekonomi Baharu selain merupakan antara dasar yang dikekalkan sehingga kini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd