Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rawat 5,000 Pesakit CKD Tanpa Dialisis, Prof Dr Ab Aziz Terima Sijil Asia Book Of Records

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) yang terbanyak.

Difahamkan, beliau diiktiraf kerana berjaya merawat sejumlah 5,000 pesakit CKD dalam tempoh 13 tahun tanpa memerlukan dialisis.

Pengiktirafan tersebut jelas menampakkan dedikasi Dr Ab Aziz dalam memperbaiki kualiti hidup pesakit CKD dan komitmennya dalam bidang perubatan integratif.

Penghormatan itu bukan sahaja mengharumkan namanya tetapi juga mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa sebagai negara yang berjaya dalam rawatan penyakit kronik dengan pendekatan holistik serta bersepadu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Ab Aziz menunjukkan kepakaran luar biasa dalam rawatan CKD dengan menggabungkan rawatan perubatan alopatik konvensional bersama teknik perubatan integratif seperti pengubahsuaian diet, rendaman air panas, rawatan 360 darjah dan terapi bekam yang dijalankan di klinik Nco Medicare di Kota Bharu, Kelantan.

Selain sumbangan luar biasa dalam rawatan CKD, beliau juga merupakan mantan Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pakar Perunding Kanan di Pusat Diabetes Hospital USM, Kubang Kerian.

Malah, beliau turut mengetuai Kumpulan Penyelidik Bekam Klinikal USM Kubang Kerian dan merupakan Pengasas serta Penyelaras Kursus Diploma Eksekutif Jurubekam Klinikal di USM.

Dalam pada itu, pencapaian Dr Ab Aziz tidak hanya terbatas dalam bidang klinikal tetapi juga diiktiraf dalam pelbagai bidang akademik dan penyelidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buktinya, beliau mempunyai sejumlah penerbitan dalam jurnal ulasan sejawat serta antarabangsa termasuk Diabetic Medicine, Bailliere’s Best Practice & Research, Practical Diabetic International, dan International Journal of Epidemiology.

Untuk makluman, kepakarannya dalam bidang Epidemiologi dan Diabetes juga diiktiraf apabila beliau sering dijemput untuk memberi kuliah di universiti-universiti lain dan menjadi pemeriksa tesis untuk ijazah MSc dan PhD.

Sekadar info, Dr Ab Aziz  merupakan seorang pakar perubatan yang berdedikasi dan berkemahiran tinggi dalam bidang rawatan penyakit buah pinggang kronik.

Sumber: Suara TV (Fendi Ghafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd