Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Juruterbang & Pembantu Tertidur 28 Minit, Laluan Batik Air Berubah Arah

Seorang juruterbang & pembantu juruterbang  tertidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.

Laporan didedahkan KNKT Indonesia

Menerusi laporan AFP, kejadian itu didedahkan dalam laporan awal oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia.

Juruterbang & pembantu tertidur serentak

Menurut laporan tersebut, kira-kira setengah jam selepas pesawat itu berlepas, kapten pesawat meminta kebenaran daripada pembantu juruterbang untuk berehat seketika susulan salah seorang juruterbang tidak berehat secukupnya pada malam sebelum penerbangan.

Disebabkan itu, pembantu juruterbang berkenaan kemudiannya mengambil alih pesawat, namun secara tidak sengaja turut tertidur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Juruterbang kedua itu mempunyai bayi kembar sebulan. Isterinya menjaga bayi itu dan dia membantu semasa di rumah,” kata laporan berkenaan.

Juruterbang & pembantu tertidur, hilang komunikasi dari pusat kawalan udara

Difahamkan, beberapa minit setelah penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan oleh pembantu juruterbang, pusat kawalan udara di Jakarta gagal menghubungi pesawat itu.

“Dua puluh lapan minit selepas penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan, juruterbang itu bangun dan menyedari pembantu juruterbangnya sedang tidur dan pesawat itu tidak berada di laluan penerbangan yang betul.
“Dia segera membangunkan rakan sekerjanya, menjawab panggilan dari Jakarta dan membetulkan laluan penerbangan,” kata laporan itu lagi.

Oleh itu, KNKT menggesa Batik Air mewujudkan prosedur terperinci untuk menjalankan pemeriksaan kokpit yang betul dan berkala serta memastikan juruterbang dan kru kabin berehat dengan baik sebelum penerbangan mereka.

Untuk rekod, seramai 153 penumpang pesawat Airbus A320 dan empat pramugari menaiki penerbangan selama dua jam 35 minit itu yang dikelola oleh juruterbang serta pembantu berusia 32 dan 28 tahun.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pesawat mendarat dengan selamat pada tarikh berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: AFP, X GerryS

+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Nasional

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memberi peluang kepada golongan belia untuk berkongsi pendapat dengan merasmikan Luncheon Talk bersama Steven Sim. Menerusi satu kenyataan media,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd