Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Iktiraf Usaha Institut Pendidikan Tinggi Lahirkan Golongan Usahawan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melangsungkan Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (AKKPT 2023) di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat 8 Mac 2024.

KPT langsungkan AKKPT 2023

Difahamkan, AKKPT 2023 ini diadakan susulan daripada pelancaran Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (DPKIPT) pada tahun 2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPMPT serta Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016–2020.

KPT iktiraf usaha institut pendidikan tinggi, galak & lahirkan usahawan muda

Penganjuran tersebut bertujuan untuk menggalakkan wujudnya ekosistem yang kondusif bagi pembangunan dan pendidikan keusahawanan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan melalui program-program keusahawanan yang lebih terancang dan holistik.

Menerusi sidang media Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, beliau menyatakan bahawa anugerah ini merupakan satu program dwi-tahunan Kementerian yang memberi pengiktirafan kepada pelajar dan graduan IPT serta tenaga pengajar yang menunjukkan kecemerlangan dan komitmen tinggi dalam menjayakan agenda keusahawanan di IPT.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“AKKPT 2023 ini adalah sebagai pengiktirafan daripada KPT dalam usaha kita menggalakkan dan melahirkan golongan usahawan dalam pebagai bidang,” katanya.

Artikel lain: KPT Luncur Portal Pusat Sumber KPT Bagi Warga Kementerian

KPT iktiraf usaha institut pendidikan tinggi, fokus bidang inovasi & teknologi

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan yang fokus utama KPT pada tahun ini adalah dalam bidang inovasi dan teknologi.

Jadi, beliau menjangkakan masyarakat yang kreatif dan inovatif akan menghasilkan perkhidmatan, produk dan modal insan bermutu serta berdaya saing  sekaligus mendokong dasar tersebut seterusnya melonjakkan negara ke mercu kemajuan dalam masa yang singkat.

“AKKPT 2023 ini merupakan salah satu daripada program besar yang KPT buat di setiap universiti dengan memperkenalkan program yang setaraf kerana dunia kita sedang berubah dan kita perlu pendekatan-pendekatan baru yang penuh dengan kreativiti serta inovasi daripada universiti-universiti di Malaysia,” ujarnya.

Susulan daripada itu, Datuk Seri Dr Zambry berharap agar para pemenang dapat menggunakan geran yang dimenangi bagi menyediakan lebih banyak program dan aktiviti berkaitan keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai usahawan pelajar menerusi bidang perniagaan sekali gus menwujudkan sebuah negara keusahawanan (entrepreneurial nation).

Advertisement. Scroll to continue reading.

UPSI & MMU kongsi tempat pertama kategori universiti tebaik

AKKPT 2023 menyaksikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Mutimedia (MMU) telah dipilih untuk menjadi pemenang bersama bagi Kategori Utama iaitu Universiti Terbaik dengan nilai hadiah berupa geran sebanyak RM250,000.

Manakala, Kategori Politeknik Terbaik telah dimenangi oleh Politeknik Merlimau Melaka dan Kolej Komuniti Terbaik telah dimenangi oleh Kolej Komuniti Bandar Darul Aman.

Seramai 213 pnyertaan dimaklumkan dengan sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan iaitu sembilan daripada Kategori Utama dan tujuh lagi untuk Kategori Anugerah Khas Keusahawanan Digital dan Inovasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd