Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

13 Ekor Kuda Di Pusat Latihan GISBH Dicop Dengan Logo Syarikat Itu – JHEAT

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu didapati dicop dengan logo syarikat itu.

Memetik laporan Bernama, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz berkata polis mendapati ada antara cop tersebut dilihat di bahagian atas kaki hadapan kuda dan mereka memaklumkan perkara itu kepada beliau.

Pusat latihan berkuda itu terletak di hadapan sebuah banglo mewah berpagar tembok di tepi pantai dan dipercayai disewa pengikut GISBH.

13 ekor kuda dicop logo GISBH di sebuah pusat latihan syarikat itu

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari ini, saya pergi lagi ke sana tapi sudah tidak boleh masuk sebab telah berkunci kerana difahamkan tempat itu mereka sewa. Kuda tersebut juga tiada lagi di situ. Tiada maklumat setakat ini siapa yang membawanya keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Aizi Saidi turut dimaklumkan mengenai satu nota tulisan tangan pada bahagian dinding pusat latihan kuda itu yang menyebut tentang pembalasan di akhirat susulan tindakan pihak polis keatas mereka.

13 Ekor Kuda Dicop Logo GISBH

Foto: Malaysia Gazette

“Pada pandangan saya, pesanan itu menunjukan rasa marah mereka terhadap apa yang berlaku sekarang. Mereka menganggap kita musuh dan mengacau aktiviti mereka, sedangkan kita nak cari penyelesaian,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti beberapa premis yang terbabit dengan kumpulan itu, antaranya di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.

“Sebelum ini ada beberapa serbuan oleh pihak berkuasa antaranya membabitkan sebuah asrama di Kuala Terengganu. Tapi kita masih tiada maklumat sama ada asrama itu adalah rumah amal yang dihuni anak-anak pengikut GISBH atau tidak. Ketika serbuan asrama itu juga kosong.
“Laporan yang kita ada setakat ini akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) esok,” katanya.
13 Ekor Kuda Dicop Logo GISBH

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata, Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISBH sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd