Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPJ Kelantan Tegas Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak layak memiliki lesen memandu Malaysia kerana status mereka sebagai pelarian dan bukannya warganegara atau individu yang memenuhi syarat ditetapkan untuk permohonan lesen.

Tak layak miliki lesen memandu

Memetik laporan Bernama, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah menyatakan, kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dimiliki golongan tersebut bukan dokumen pengenalan diri rasmi yang membolehkan mereka memohon lesen memandu di negara ini.

Menurut beliau, sepanjang operasi penguatkuasaan dijalankan, pihaknya tidak pernah mengesan warga Rohingya memiliki lesen memandu yang sah.

Beliau memaklumkan antara taktik yang sering digunakan ketika ditahan dalam sekatan jalan raya adalah dengan menunjukkan kad UNHCR bagi meraih simpati dan mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, Mohd Misuari turut menafikan dakwaan mengenai kewujudan sindiket yang membantu warga asing mendapatkan lesen memandu secara sah di Kelantan.

“Hasil risikan mendapati tiada sebarang dokumen atau sindiket sedemikian dikesan di Kelantan setakat ini,” katanya baru-baru ini.

Sekadar gambar hiasan

Bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya, JPJ Kelantan kini mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan di beberapa kawasan tumpuan termasuk Kota Bharu, Ketereh, Melor, Pasir Tumboh dan Tanah Merah.

Setakat bulan ini, sebanyak 576 kenderaan yang dipandu warga asing telah diperiksa, dengan 457 daripadanya disita manakala 908 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ turut memberi amaran keras kepada warga tempatan supaya tidak menyewakan atau membenarkan kenderaan mereka digunakan oleh individu yang tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“JPJ Kelantan turut memberi amaran keras kepada warga tempatan yang bertindak menyewakan atau membenarkan kenderaan mereka digunakan oleh warga Rohingya tanpa lesen,” katanya.

Menurut Mohd Misuari, pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kelantan kini menjadi antara negeri terawal yang mengambil pendekatan membawa pemilik kenderaan terus ke mahkamah demi keselamatan awam dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih efektif,” ujarnya.

Sebelum ini, kira-kira 85 peratus warga asing yang dikenakan tindakan dalam Operasi Pemandu Warga Asing di Kelantan sejak Januari hingga 18 Jun lalu terdiri daripada etnik Rohingya, dengan majoriti mereka dikesan memandu tanpa lesen yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Bisnes

Perodua mengumumkan pengurangan sehingga 10 peratus ke atas kos alat ganti komponen penyelenggaraan termasuk caj buruh sebagai langkah membantu rakyat Malaysia berdepan tekanan kos...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd