Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tuduhan Gagal Isytihar Harta, Tun Daim Dilepas Dan Dibebaskan

Susulan pemergian Allahyarham Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan itu telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan satu kes gagal mengisytiharkan lebih 70 harta di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau sebelum ini telah berhadapan pertuduhan gagal untuk mengisytiharkan 71 aset miliknya yang didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Foto: Utusan Malaysia

Keputusan berkenaan dibuat selepas pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa mereka tidak mahu meneruskan prosiding kerana Tun Daim yang merupakan tertuduh telah meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami dengan ini mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah, tidak berniat meneruskan prosiding terhadap Allahyarham Tun Daim kerana tertuduh telah meninggal dunia,” katanya.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memerintahkan Allahyarham dilepas dan dibebaskan.

“Saya telah mendengar hujah kedua-dua belah pihak. Maka saya memerintahkan agar Allahyarham Tun Daim dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Duit jaminan dilepaskan kepada penjamin,” ujarnya.

Pada 29 Januari lalu, Tun Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta dimiliknya.

Aset-aset tersebut merangkumi satu bank akaun, tujuh buah kenderaan, 38 buah syarikat dan 25 hartanah atau tanah di bawah syarikat di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tun Daim didakwa melakukan perbuatan itu pada 13 Disember 2023 di Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya.

Beliau ketika itu dituduh di bawah Seksyen 36(1)(a) ASPRM 2009 yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM100,000.

Foto: Carian Google

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa tindakan lanjut berhubung pendakwaan ke atas Tun Daim akan diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selepas satu perbincangan antara kedua-dua pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azam ketika itu menjelaskan bahawa perbincangan dan keputusan tindakan tersebut mungkin akan mengambil sekitar satu hingga dua minggu, dengan kemas kini akan dimaklumkan oleh pihak SPRM sebaik sahaja keputusan dibuat.

Foto: Berita Harian

Namun isteri Allahyarham, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid meminta agar pendakwaan ke atas arwah suaminya diteruskan demi membersihkan nama Allahyarham.

Pada 13 November lalu, negara telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Tun Daim pada usia 86 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), sebelum disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd