Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tuduh Rain Curang Dengan Isteri, Agensi Bakal Saman Pemfitnah

Tiada angin, tiada ribut rumah tangga pasangan selebriti tersohor Korea Selatan iaitu Rain dan Kim Tae Hee dikatakan bergolak sejak awal minggu lalu.

Khabar keretakan rumah tangga pasangan itu dikatakan berpunca daripada Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon berlaku curang dengan isterinya dan kecurangan itu dilaporkan oleh majalah Woman Sense.

Menurut portal tersebut, terdapat seorang selebriti terkenal lelaki yang sememangnya terkenal dan dikenali ramai yang kini tidak dapat dinafikan kehebatannya dalam dunia nyanyian, tarian dan lakonan serta banyak lagi sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita diluar pengetahuan isterinya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khabar angin itu mendakwa Rain sedang menjalinkan hubungan bersama seorang pemain golf profesional, malah mempunyai apartment bersama si ‘A. Malangnya, hubungan mereka diketahui oleh isterinya, Tae Hee dan amaran keras juga telah diberikan.

Bagaimanapun, agensi syarikat Rain menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan ia adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.

“Khabar angin tersebut adalah tidak benar. Kami berdiam diri kerana kami merasakan adalah tidak berbaloi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
“Bagaimanapun, ia telah menganggu Rain dan isteri,”lapor agensi.

Tidak berdiam diri, mereka akan memfailkan saman terhadap pihak tersebut kerana telah mengeluarkan berita palsu.

Sumber: Allpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd