Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

TRX City Batalkan Perjanjian Bina Taman Tema Bandar Malaysia, KLCCP Dijangka Ambil Alih

Anak syarikat Kementerian Kewangan, TRX City Sdn Bhd membuat keputusan untuk membatalkan perjanjian pembinaan taman tema di Bandar Malaysia dengan Sim Leisure Group Ltd dari Singapura.

Foto: The Edge Malaysia

Menurut laporan malaysiakini, pembatalan ini dimaklumkan melalui notis yang dihantar pada 16 Disember kepada Sim Leisure Group Ltd, seperti yang diumumkan di Bursa Singapura pada 19 Disember.

Akibat pembatalan tersebut, TRX City perlu memulangkan deposit keselamatan sebanyak RM350,000 dan bayaran pendahuluan bernilai RM1 juta kepada syarikat Singapura itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TRX City juga perlu membayar pampasan besar kepada Sim Leisure Group Ltd, namun syarikat Malaysia itu dilihat bakal meraih keuntungan berbillion ringgit sebagai pulangan.

Sim Leisure turut menuntut pampasan untuk perbelanjaan modal yang telah dilaburkan, walaupun jumlah sebenar tidak didedahkan.

Artikel lain: Juara Bangunan Seni Arkitek Terbaik Asia Milik KLCC, Jadi Tarikan Utama Untuk Pelancong

Cadangan asal Sim Leisure merangkumi pembangunan bercampur yang meliputi taman tema aktiviti lasak, kemudahan berkaitan, serta pelbagai jenis penginapan termasuk banglo, rumah teres, dan pangsapuri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembatalan ini dipercayai berkait rapat dengan perjanjian bernilai berbilion ringgit yang melibatkan pengambilalihan hartanah di kawasan Sungai Besi.

The Edge melaporkan bahawa KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP), sebuah subsidiari Petronas, sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih Bandar Malaysia dengan nilai anggaran RM12 bilion.

Mengikut laporan tersebut, KLCCP dijangka akan membayar RM6 bilion sebagai bayaran pendahuluan, manakala baki pembayaran akan dilakukan berdasarkan keperluan.

“Perjanjian ini akan membolehkan kerajaan memonetisasi asetnya dan pada masa yang sama melunaskan hutang Bandar Malaysia, yang kebanyakannya melibatkan dana kerajaan,” kata sumber yang dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd