Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tingkatkan Taraf Saham, Nomura Galak Pelaburan Di Malaysia Dan Indonesia

Syarikat kewangan terkemuka dunia dari Jepun, Nomura Holdings Inc telah menaik taraf pasaran saham Malaysia dan Indonesia kepada ‘wajaran tinggi’ daripada ‘neutral’ sekaligus galak pelaburan di kedua-dua negara ini.

Memetik laporan Business Times, penganalisis Nomura berkata dalam satu nota pelabur perlu mengurangkan pegangan ekuiti China dan melabur wang mereka di Indonesia dan Malaysia.

Menurut penganalisis itu, kedua-dua pasaran Malaysia dan Indonesia akan mendapat lebih banyak manfaat daripada pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Saranan Nomura itu dibuat selepas minat yang bertambah terhadap saham Malaysia dan Indonesia dalam kalangan pelabur asing disamping kedua-dua pasaran bersedia untuk menyaksikan aliran masuk dana bagi bulan kedua berturut-turut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pasaran saham China telah goyah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekaligus mengheret turutn penanda aras MSCI turun sekitar 3.6 peratus sejak akhir Mei.

Nomura galak pelaburan di Malaysia dan Indonesia

Nomura Galak Pelaburan Di Malaysia

Ini kerana pelabur bimbang terhadap ekonomi negara itu yang tidak menentu dan kesan berpanjangan daripada kemerosotan pasaran hartanah.

“Masanya juga telah tiba untuk menambah ke dalam pasaran ASEAN,” kata Nomura dalam nota yang disediakan oleh pasukan ekonominya.

Ia berkata, sebab utama untuk menaik taraf saham negara ini ialah kekuatan pertumbuhan ekonomi Malaysia, pelaburan dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) dan peningkatan nilai ringgit.

Dalam pada itu, ia juga berkata ringgi merupakan mata wang berprestasi terbaik di Asia selain Jepun, meningkat kira-kira lima peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan ekonomi Nomura juga menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2024 melebihi konsensus sebanyak 5.2 peratus untuk Malaysia.

Sementara itu, Nomura telah mengesyorkan pelaburan dalam saham CIMB Group Holdings Bhd, Gamuda Bhd dan Pentamaster Corp Bhd.

Penilaian positif Nomura itu menyusuli pengiktirafan sama oleh bank pelaburan terkemuka dunia lain, JP Morgan bulan lalu yang meningkatkan penarafan Malaysia kepada ‘neutral’ selepas hampir enam tahun mengekalkan pendiriannya terhadap negara pada tahap ‘di bawah wajaran’ susulan langkah berani kerajaan dalam membangunkan ekonomi.

Sumber: Business Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial seorang lelaki bukan Islam meluahkan rasa kesal selepas dia dikasari oleh seorang individu kerana makan di tempat awam pada bulan...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa hiba apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa sihir daripada individu yang dikenali. Walaupun dia dan keluarga semakin sembuh, namun apa...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh kecewa selepas berdepan dengan layanan kurang memuaskan ketika mengunjungi sebuah kedai emas baru-baru ini. Dia yang dikenali Syed Muhammad Shah...

Politik

Ketua Pemuda PKR (AMK) Adam Adli gesa pembangkang untuk menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd