Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isu Persembahan Teater: UM Tampil Beri Penjelasan, Mohon Maaf-“Tak Selaras Skrip Asal”

Susulan isu tular melibatkan satu adegan dalam persembahan teater yang mencetuskan pelbagai reaksi, Universiti Malaya tampil memberikan penjelasan rasmi bagi meredakan kebimbangan orang ramai.

Pihak universiti ambil serius

Menerusi satu kenyataan media, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil maklum segala reaksi yang dibangkitkan di media sosial.

“Universiti Malaya merujuk kepada isu adegan dalam sebuah persembahan teater yang telah tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
“Pihak Universiti memandang serius perkara ini serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan.”
Dalam masa sama, pihak universiti menjelaskan bahawa setiap persembahan di bawah Karnival Teater (KARVITER) tertakluk kepada garis panduan ketat yang perlu dipatuhi oleh semua peserta.
“Untuk makluman, berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) Universiti Malaya, setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik Universiti.” ujarnya.

Adegan dipertonton tak selaras skrip

Hasil penelitian yang dijalankan mendapati adegan yang dipersembahkan tidak mengikut skrip asal yang telah diluluskan sebelum ini.

“Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang telah ditetapkan,”jelasnya.

Susulan daripada itu, pihak universiti tampil memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran garis panduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehubungan itu, Universiti Malaya dengan ini memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul. Universiti tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan.”

Difahamkan, persembahan tersebut juga telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai, selain tindakan susulan sedang diambil bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd