Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pesakit Dialisis Dipenjara Tiga Tahun, Lakukan Amang Seksual Di Hospital

Seorang pesakit dialisis dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hospital di Kuala Pilah pada Januari lalu.

Lakukan amang seksual di hospital

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas warga emas, Zulkefli Abdul Rani, 60, yang hadir berkerusi roda ketika prosiding melibatkan fakta kes serta hukuman.

“Dengan mengambil kira tertuduh pesakit buah pinggang yang memerlukan menjalani dialisis dan mempunyai masalah kesihatan lain seperti patah kaki, mahkamah memberi pertimbangan dan tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dari tarikh 16 April 2026 (tarikh tuduh),” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman itu berkuat kuasa bermula dari tarikh pertuduhan iaitu pada 16 April lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Zulkefli didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 16 tahun dengan niat seksual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang pada 30 Januari 2026 di sebuah hospital di Kuala Pilah.

Berikutan perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Anggota Tentera Wanita Mengaku Bersalah Amang Seksual Anak Sendiri, Dijel 7 Tahun

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memaklumkan bahawa tertuduh merupakan pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, tertuduh juga gagal melunaskan jaminan sebanyak RM5,500 yang dikenakan sebelum ini, manakala urusan rawatan dialisisnya di hospital kini di bawah seliaan pihak penjara.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd