Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kejatuhan Mendadak Harimau Malaya! KBS Gesa FAM Laksanakan Reformasi Segera

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, berkata pasukan negara kini merosot 14 anak tangga ke kedudukan ke-135 dunia berbanding tangga ke-121 sebelum ini.

Menurutnya, kemerosotan itu berlaku selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) membatalkan dua kemenangan Harimau Malaya ke atas Vietnam dan Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berikutan isu pemain warisan.

“Saya turut merasai kekecewaan rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak tempatan berhubung penurunan ranking ini serta kontroversi yang melanda skuad kebangsaan sejak beberapa bulan lalu.
“Semua pihak harus mengambil iktibar dan saya berharap langkah wajar diambil agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Dr Taufiq menegaskan, kementerian tetap dengan pendirian untuk tidak campur tangan dalam urusan pengurusan badan induk terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan terus memantau kepatuhan FAM terhadap perlembagaan persatuan serta peruntukan dalam Akta Pembangunan Sukan (Akta 576).

“KBS akan terus mengadakan sesi libat urus berkala dengan pihak FAM untuk mendapatkan maklumbalas tentang strategi mengelakkan kejatuhan ranking yang lebih lanjut, memandangkan kedudukan dikemaskini secara langsung dengan setiap perlawanan antarabangsa,” tambahnya.

Semalam, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan ranking terkini Harimau Malaya yang menunjukkan pasukan negara jatuh ke kedudukan ke-135 dunia dengan kutipan 1,095.90 mata.

Artikel lain: Ranking Harimau Malaya Merosot, Masa Depan Bola Sepak Negara Jadi Tanda Tanya?

Sebelum ini, FIFA membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin, memberikan kemenangan percuma 0-3 kepada pasukan lawan.

FAM dan tujuh pemain warisan negara dikenakan tindakan oleh badan induk bola sepak dunia itu berikutan dokumen palsu yang dikemukakan bagi mengesahkan kelayakan pemain sebelum aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Sumber: FMT

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Lokal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar utama sekolahnya ketika sedang menunggu ibunya pulang, dalam kejadian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd