Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Tarik Penunggang Motosikal, Polis Sahkan Lelaki Positif Bahan Terlarang

Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki yang tular di media sosial selepas rakaman video memaparkan suspek ditarik dari motosikal sebelum kepalanya dipijak dalam kejadian di Jalan Tunku Putra.

Video tular sewaktu ditahan polis

Memetik laporan daripada Bernama, suspek berjaya ditahan selepas cuba melarikan diri sejauh kira-kira lima kilometer dengan menunggang secara berbahaya dan melawan arus.

“Semasa polis cuba menahan suspek, berlaku pergelutan apabila suspek bertindak melawan anggota dengan menendang motosikal milik anggota polis sebelum melarikan diri.
“Suspek menunggang motosikal secara melulu, melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua bungkus plastik lut sinar ditemui

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, hasil pemeriksaan ke atas motosikal suspek menemukan dua bungkusan plastik lut sinar disyaki mengandungi air rebusan daun ketum.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek menemukan dua bungkusan plastik lut sinar disyaki mengandungi air rebusan daun ketum,” katanya.

Tambah beliau, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai satu rekod jenayah lampau. Suspek berusia 32 tahun itu kini ditahan untuk tindakan lanjut dan akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif berkaitan kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd